1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, August 01, 2010

Di Pasar Pagi Seri Petaling

Pagi tadi pergi ke Pasar Pagi Seri Petaling yang terletak di Jalan Radin Anum. Pasar ini beroperasi di tanah lapang dan sebelah pagi hingga tenghari sahaja. Penduduk di kawasan sekitar boleh membeli ikan, daging, sayur-sayuran dan juga buah-buahan disamping pakaian dan lain-lain aksesori. Namun yang lebih menjadi prioriti penjana di Pasar Pagi ini ialah ikan dan sayur-sayuran. Ooppsss......di sini juga dijual daging khinzir dan apa yang kurang menyenangkan ialah sekarang ia sudah dijual secara terbuka dan bersebelahan dengan gerai menjual ikan dan sayur. Dulu ianya dikhususkan di satu kawasan yang bertutup dan agak terlindung. Adakah kerana 1Malaysia, maka daging yang haram kepada orang Islam itu sudah boleh dijual secara terbuka? Semoga DBKL akan memantau perkembangan ini

Majoriti penjaja di sini terdiri dari bangsa Cina. Mungkin kerana Seri Petaling majoriti penduduknya berbangsa Cina juga. Ada juga satu dua penjaja Melayu di sini dan mereka boleh menjual barangan sebelah menyebelah tanpa sebarang masalah (pada pandangan saya) malah ada juga kerjasama dalam hal-hal tertentu. Tak perlu pun kempen 1Malaysia kerana pada dasarnya masyarakat berbilang kaum sudah pun hidup secara harmoni sejak sebelum 1Malaysia lagi. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List