Status Gliterati aku hilang dan baru menyedarinya beberapa hari yang lalu sewaktu aku sedang nak update entri tentang Asian Bloggers and Social Media Conference yang diadakan di Berjaya Time Square baru-baru ini. Pada waktu itu aku membuat entri dalam usaha untuk mendapat satu tiket percuma untuk menghadiri Konferens tersebut yang ditawarkan oleh satu syarikat pengiklan internet. Syaratnya blogger kena letakkan HTML code iklan mereka tetapi sehingga konferens selesai, tak ada apa-apa respons pun dari syarikat tersebut, Ini bermakna aku tidak berjaya. Tak kisahlah. Lagipun aku juga berkesempatan menghadiri datu lagi konferens pada masa yang sama iaitu Asia Sports and Adventure Tourism Development Conference di PWTC.
Hasil kehilangan status Glitterari maka sekarang aku terpaksa menunggu 60 hari (berbanding 30 hari)sebelum cek yang aku tebus sampai. Nampaknya lepas rayalah macam ni. Tapi ok juga tu, lepas raya ni biasanya hampir pokai, so bila dapat cek itu dapatlah "sambung nyawa" sebelum dapat gaji.
Sebab status Glitterati hilang ialah kerana pada blog aku ada ada iklan dari syarikat lain yang dianggap sebagai saingan kepada Nuffnang. Aku nak tengok kalau syarikat yang baru ini mampu memberikan aku pendapatan yang diharapkan, aku akan teruskan tetapi jika tidak sure aku akan buangnya dan kembali kepada status Glitterati dengan Nuffnang yang boleh berlaku secara automatik, apabila meraka tidak ada saingan dari syarikat pengiklan internet tempatan yang lain.
2 comments:
ye...
sebab blog encik ada iklan lain selain nuffnang punya.. :D
memang dah agak yg status du hilang sebab ada manggaAd.
Post a Comment