Pesan orang tua memang boleh digunapakai.
Orang tua-tua cakap jika hendak berjalan jauh, setelah bertolak jangan berpatah balik lagi. Jika ada apa-apa hal uruskan melalui orang lain dan jika ada apa-apa yang tertinggal, suruh orang lain juga hantarnya. Jika dibaca berita tentang kemalangan yang melibatkan nyawa empat orang di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Behrang pagi tadi patut dijadikan iktibar. Bukan hendak mempercayai perkara karut, tetapi itu petua. Bukankah berita melaporkan bahawa mangsa berpatah balik untuk mengambil ketupat setelah jauh dalam perjalanan.
"Mereka keluar dari kampung tengah hari semalam namun berpatah balik kerana tertinggal ketupat palas dan mereka meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpurkira-kira pukul 10 malam tadi.
"Saya memang rasa tak sedap hati kerana orang tua-tua cakap tidak elok berpatah balik dalam perjalanan namun saya diamkan sahaja sehinggalah saya mendapat berita tentang tragedi yang menimpa mereka tengah hari tadi," - mStar.
Bulan Ramadhan baru-baru ini balik untuk berbuka puasa dengan ibu dan bapa. Semasa hendak balik semula ke Kuala Lumpur, bapaku ada mengirim salam kepada anak aku yang tidak turut balik kerana tugas. Selepas itu terdengar dia berkata jika hendak melakukan perjalanan, ada orang kirim salam, InsyaAllah selamat dalam perjalanan. Ini kerana jika orang yang diamanahkan dengan kiriman salam itu akan dipelihara Allah agar salam itu sampai kepada orang yang dituju. Wallahualam...........
No comments:
Post a Comment