1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, September 08, 2010

9 Sept – Hari Bakar Quran

Astagfirullahul azim.

Ada juga paderi yang sampai ke tahap gila hendak membakar kitab suci Al Quran. Paderi tersebut, Terry Jones, seorang Pastor di Florida merancang satu rally untuk membakar Al Quran pada 9 September sempena peristiwa 9/11 iaitu serangan ke atas Menara World Trade Centre di New York beberapa tahun lalu.  Cadangan Pastor tersebut mendapat sokongan Mayor Mike Bloomberg.

Jones bersungguh-sungguh hendak melakukan penghinaan tersebut:

Jones, the Florida pastor who's planning a Koran-burning rally on Saturday's 9/11 anniversary, says he will go through with the event despite warnings from the White House and General David Petraeus that it could harm U.S. soldiers.

"We have firmly made up our mind, but at the same time, we are definitely praying about it," Jones, who heads the Dove World Outreach Church in Gainesville, Fla., told CNN Tuesday.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/national/2010/09/07/2010-09-07_terry_jones_pastor_of_dove_world_outreach_center_will_go_through_with_koranburni.html#ixzz0yvCzuleN

Susulan rancangan Pastor tersebut telah menimbulkan bantahan di negara-negara Islam. Di Indonesia, ribuan penunjuk perasaan telah membuat bantahan di Kedutaan Amerika di Jakarta. Begitu juga di Kabul, satu tunjuk perasaan telah diadakan di psebuah masjid di sana.

Di samping itu satu poll yang dilakukan oleh akbhar dalam talian NYDaily News menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan rancangan paderi berkenaan.

survey tentang bakar quran

Apa peranan kita sebagai umat Islam di Malaysia? Apakah kita akan tunggu dan lihat sahaja kitab suci kita di bakar? Adakah kita akan terus berdiam diri melihat agama kita terus dihina? Adakah anda tidak terasa dengan apa yang akan dilakukan itu? Anda baca juga blog denaihati DI SINI. Marilah kita sama-sama tunjukkan bantahan kita. Jika tidak kita akan ditanya di akhirat nanti apakah sumbangan kita untuk mempertahankan Islam dari terus menerus dihina oleh orang lain. Sebagai orang Islam kita adalah wajib untuk menunjukkan kemarahan kita ddisamping berdoa kepada Allah agar memberikan perlindungan.

Jika anda seorang tweeter makan anda boleh menunjukkan bantahan anda dengan menghantar bantahan ke #noburnquran di tweeter. Dalam hal ini marilah kita bersatu demi untuk menegakkan kesucian agama kita Agama Islam. Apa lagi di bulan baik ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List