1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, October 25, 2010

BABI, BIRI-BIRI ATAU BARI-BARI?

Satu email yang saya terima dan rasa wajar berkongsi bersama pembaca blog saya. 
Adakah ini biri-biri atau babi? Kalau dilihat pada ciri-ciri badan binatang ini maka kedua-duanya ada. Muncung babi dan badan berbulu macam biri-biri. 

Pada mulanya saya terkejut juga melihat gambar-gambar ini. Zaman sekarang kecanggihan teknologi komputer boleh mengubahsuai gambar melalui photoshop dengan mengabungkan beberapa imej dan menukar imej asal itu kepada imej lain. Adakah gambar-gambar yang saya terima melalui email ini begitu? Namun disebaliknya kemajuan sains juga telah berjaya menghasilkan klon-klon haiwan dan adakah 'bari-bari' (babi + biri-biri? -istilah ciptaan penulis blog ini) ini species yang terhasil dari pada proses klon?.

Walau apa-pun yang menjadi persoalan utama sekarang adakah hasil dari haiwan ini seperti bulunya halal jika dibuat pakaian dan kemudian dipakai pula oleh mereka yang beragama Islam? Bagi saya babi tetap babi dan ianya sudah diharamkan kepada umat Islam seperti yang disebut di dalam Al Quran. Walau apa pun alasan ianya bagi saya tetap haram. Wallahualam.








di bawah ini mesej yang dikepilkan bersama email yang saya terima itu. 
Masyaallah.....!! makin menjadi-jadi orang Yahusi hendak menghancurkan umat Islam. Sudah masanya kita mempertahankan maruah umat Islam. Tak guna hanya berharap kepada pihak berkuasa sahaja. 

Marilah semua umat Islam, kita sama-sama mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam. Allahu Akbar.......

Semoga pihak yang bertanggungjawab di negara kita sentiasa peka dan main peranan agar hasil daripada haiwan ini tidak terlepas masuk ke negara kita. Sedangkan pakaian dan aksesori yang dihasilkan dari bahagian-bahagian binatang ini sudah masuk ke pasaran negara kita dan dijual bersama-sama dengan barangan lain yang halal, apa lagi jika bahan baru ini pula terlepas. Walau sejauh mana sekalipun kita berhati-hati, ada kalanya terkena juga. Inilah hasilnya jika pihak berkuasa membenarkan penjualan secara bercampur aduk, bahan-bahan yang haram dengan bahan yang tidak haram. 

Bayangkanlah bagaimana jika bahan dari bulu binatang ini dibuatkan kopiah, sejadah, hamparan mesjid, permaidani dan sebagainya dan kita gunakan untuk beribadah kepada Allah. Subhanallah........

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List