1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, October 24, 2010

Dunia Disempitkan Oleh Internet

Internet memang menyempitkan dunia. Setuju atau tidak terpulanglah. 
Saya berpeluang bertemu dengan kawan-kawan yang sudah terpisah sejak tahun 70an dan kawan-kawan di zaman persekolahan dulu melalui Facebook. Tentu pengalaman ini bukan berlaku pada saya seorang sahaja. Disebalik kesan-kesan negatif yang disemarakkan oleh laman-laman lucah, internet sebenarnya lebih banyak membawa kebaikan. Yang silapnya kita tunduk kepada bahan-bahan yang negatif itu. 

Malam ini semasa membuat blogwalking, saya terjumpa satu laman web yang amat bermakna yang membawa kembali nostalgia tahun 70an sewaktu saya bertugas di Kota Marudu, Sabah pada tahun 976 hingga 1980. Waktu itu aku bertugas sebagai seorang guru di SMK Kota Marudu yang terletak di pekan Lama Kota Marudu yang nama asalnya Bandau. Sememangnya banyak pengalaman pahit manis dapat dikenangkan kembali apabila terjumpa laman web Suara Anak Marudu itu. 

Kota Marudu banyak mengajar aku untuk hidup dan berdikari. Aku berbangga kerana merupakan antara anak Semenanjung yang turut serta membangunkan aktiviti di pekan utara Sabah itu. Antara lain aku banyak bergiat dengan kesenian dan menubuhkan Kumpulan Anak Seni yang bergiat dalam bidang teater dan tarian dan berjaya mengumpulkan anak-anak muda yang juga sebahagiannya anak murid aku untuk bergiat di dalam bidang seni itu dan bergabung tenaga denga SANYA Cawangan Kota Marudu ketika itu. Aku juga antara tenaga yang menghidupkan Kumpulan Pertama Pengakap Kota Marudu bersama Cikgu Henry Voo. Melalui persatuan pengakap itu aku berpeluang menjelajah banyak tempat di sekitar daerah itu. Sesungguhnya kenangan aku semasa di Kota Marudu masih tetap segar dalam ingatan. 

Hubungan aku dengan Kota Marudu tidak dapat dipisahkan sepanjang hayat walaupun aku berasal dari Semenanjung Malaysia. Isteri dan dua orang anak ku adalah kelahiran Kota Marudu. Inilah bertalian darah yang tidak dapat dipisahkan. 

Selepas menjumpai blog SAM, terasa sebak juga apabila aku terjumpa blog SMK Kota Marudu. Sekolah yang memulakan dunia kerjayaku pada Januari 1976. Walaupun kini sekolah ini sudah berada di lokasi yang baru tetapi ia bukan penghalang yang memutuskan imbauan kenangan. Sewaktu membelek-belek senarai nama yang terdapat di dalam blog berkenaan, terjumpa satu nama Chong Nyet Yung. Satu-satunya nama yang aku ingat. Jika tidak salah dia adalah salah seorang muridku dulu dan juga seorang atlet olahraga yang pernah aku latih. 

Walaupun sudah 30 tahun aku meninggalkan daerah itu, hatiku masih lagi dekat. Beberapa kali sewaktu balik ke Sabah untuk bertugas aku mengambil kesempatan mengunjungi Kota Marudu apa lagi 'keluarga' aku masih ada di sana. 

Semoga mereka dari Kota Marudu yang terbaca posting ini, khususnya bekas anak murid saya, akan menghubungi saya dan kita jalinkan semula tali silatulrahim. Masih aku ingat beberapa nama yang tidak lekang dari ingatan: Rahim Otoh, Rusdi, Jasman Atoh, Awang Dullah, Yunus, Yaakub sekadar beberapa nama.  

Lain-lain blog berkaitan yang terjumpa Revolusi Marudu

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List