1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, October 16, 2010

Nasi Lemak Dengan 1 Biji Telur Rebus di Food Court KSN RM 4.00?

Pagi ini bertujuan nak pergi Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, nak tengok audition "Anda Ada 60 Saat". Bila sampai tengok tempat agak lenggang. Ada beberapa buah kenderaan dan di dalam dewan adala beberapa meja dan ada la staf untuk buat pendaftaran. Rasanya pada pagi hanya pendaftaran saja kot. So pusing balik dan bercadang ke Food Court KSN itu nak breakfast. 

Macam biasa gerai yang selalu aku kunjungi ialah gerai Mummy (Mami?). Aku dan anak orderla nasi lemak. Aku ambik Nasi Lemak dengan sebiji telur rebus sambal sementara anak mengambil telor goreng mata lembu. Minuman pula teh O ais limau dan anak Milo ais. 

Lepas makan minta kira dan seorang pekerja, Makcik yang sudah berusia datang mengira. Mulanya dia cakap RM 11.00. Aku terkejut. Takkan sampai RM11.00. Lalu minta kira sekali lagi. Kiraan kedua RM9.00. Aku masih tidak puas hati lalu bertanya berapa harga sepinggan Nasi Lemak dan di jawab RM 4.00. Aku terkejut juga dengan harga itu. Tapi benda dah makan aku bayar sajala. Hati masih tidak puas lalu aku rujuk pula pada seorang lagi pekerjanya , anak gadis muda dan apabila aku cakap apa yang aku makan, dia pun cakap harga yang sama.  

Aku memang rasa tidak puas hatilah dengan harga itu. Adakah harga nasi kosong RM2.00? Kalau memang itulah harganya maka sebiji telur rebus atau goreng juga RM2.00?. Kalau aku ambil ayam seketul mungkin juga berbaloi. Ini bukan kali pertama aku makan nasi lemak. Di Restoran Ajimal Rajim di Seri Petaling pun Nasi Lemak biasa macam itu harganya hanya RM2.00 hingga RM 2.50 bergantung pada mamak mana yang kira. Mamaklah katakan. 

Selepas pengalaman itu, aku sudah bertekad tidak akan pergi lagi ke gerai Mummy itu. Masih ada beberapa lagi gerai yang menjual nasi dan makanan lain di kawasan Food Court itu.    

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List