1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, November 22, 2010

Mengapa Tidak Dirikan Surau Yang Sempurna Di Bukit Bintang?

Hari ini pergi Bukit Bintang lagi. Entah mengapa kalau nak keluar KL mesti nak pergi Bukit Bintang. Maybe kot banyak shopping mall kat situ or maybe itulah tempat tumpuan pelancong dan warga kota bandaraya bersantai. Tapi kali ini tujuan ke Bukit Bintang ialah hendak ke Lot 10 nak tengok perkhidmatan internet baru Yes. Lot 10 menjadi basenya sebab perkhidmatan ini dimilikki oleh YTL dan Lot 10 itu pun milik YTL. 

Mula sekali mesti juga nak ke Sungai Wang dan BB Plaza. Bukan apa, nak bayar bil Celcom. Di situ ada CDM, so senangla sikit. 

Waktu Maghrib sembahyang di Surau BB Plaza. Sempat juga sembahyang berjemaah kerana masih di awak waktu dan ramai yang hendak sembahyang. Surau BB Plaza kecil sahaja dan sememangnya agak sesak di awal waktu. Semasa duduk berehat selepas selesai solat, aku check in kat foursquare. Dulu aku juga yang register surau ini sebagai venue baru. Bukan apa, at least sesiapa yang menggunakan foursquare dan ingin mencari surau di kawasan ini dapat mencari dengan mudah. Sekurang-kurangnya aku dapat juga pahala kerana menunjukkan tempat beribadah ini. Rupanya kunjungan kali kedua ini telah membolehkan aku menjadi mayor surau. Hahaha.........Datuk Bandar la.......Mayor yang tak bergaji. 

Tapi apa yang aku nak highlight dalam posting ini bukan mengenai status mayor itu. Aku terfikir juga mengapa pihak yang berwajib seperti DBKL atau JAKIM tidak berusaha untuk mencari tempat untuk dijadikan Surau di kawasan yang paling menjadi tumpuan pelancung ini, khususnya dari Timur Tengah. Tidak tahulah sama ada ada pihak yang terfikir untuk mengadakan ssebuah surau yang mudah dicari dan digunakan di kawasan ini. 

Apa yang aku tahu surau-surau yang disediakan oleh pemilik bangunan agak tersorok dan menggunakan ruang kosong yang tidak ada apa-apa nilai komersial. Sebagai contohnya, Surau Sungei Wang Plaza dulu agak tersorok dan susah untuk pengunjung mencari. Surau di Low Yatt Plaza di basement P2 kot, agak lebih baik berbanding sebelum ini yang terlalu sempit. Seolah-olah surau ini bukanlah tempat yang penting di negara yang mendakwa negara Islam ini. Adakah kerana hendak menjadikan Islam moderate maka hal-hal yang berkiatan ibadah pun kena moderate juga?

Sepatutnya surau diletakkan di tempat yang terhormat dan tidak tersembunyi untuk memudahkan pengunjung beribadah setiap kali masuk waktu. Sewajarnya pihak berkuasa khususnya PBT, atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meletakkan syarat bahawa setiap bangunan atau kompleks yang hendak dibina diwajibkan menyediakan surau yang sempurna sebagai syarat seperti wajibnya mengadakan lain-lain kemudahan untuk orang awam sebelum kelulusan pembinaan dan CF diberikan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List