1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, November 23, 2010

The Social Network

Pastinya Mark Zuckerberg tidak menyangka bahawa laman web kategori media sosial ciptaannya, Facebook yang dilancarkan pada Februari 2004 itu, akan menjadi salah satu laman media sosial yang paling hangat diberikan sambutan di seluruh dunia. Beliau juga tentu tidak menyangka bahawa Facebook adalah satu-satunya laman media sosial yang diterima oleh semua lapisan masyarakat, latar belakang agama dan juga pemimpin dunia. Pelakon-pelakon juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membina profil mereka di dalam Facebook.

Tentunya ramai pengemar komputer dan IT ingin tahu bagaimana Mark Zuckerberg dan rakan sekamar di kolejnya seperti Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes membangunkan laman ini.

Masyarakat seluruh dunia kini berpeluang untuk menyaksikannya dalam bentuk filem yang berjudul The Social Network yang akan ditayangkan di pawagam-pawagan mulai 2 disember 2010. Filem ini adalah diadaptasikan oleh Aaron Sorkin berdasarkan sebuah buku bertajuk “The Accidental Billionaire”  karya Ben Mezrich. menceritakan bagaimana mahasiswa Harvard yang mahir dalam bidang pengaturcaraan komputer dan rakan-rakannya membina satu laman yang mengubah cara masyarakat dunia berkomunikasi melalui internet.

imageThe Social Network  ini adalah merupakan filem drama tentang bagaimana laman rangkaian sosial internet ditemui. Filem ini diarahkan oleh David Fincher dan membariskan antara pelakonnya, Jesse Eisenberg, Andrew Garfield, Justin Timberlake, Brenda Song, Armie Hammer,  Max Minghella dan Rooney Mara. Filem ini diedarkan oleh Columbia Pictures dan dilancarkan pada 1 Oktober 2010 di Amerika Syarikat

PLOT CERITA

Pada tahun 2003, seorang pelajar University Harvard bernama Mark Zuckerberg telah mencetuskan satu idea untuk menilai tahap daya tarikan pelajar-pelajar wanita di universiti yang sama setelah putus cinta dengan teman wanitanya Erica Albright. Mark telah menceroboh ke dalam pengkalan data kediaman di Universiti dan muat turun gambar-gambar dan nama pelajar perempuan dan dalam masa yang singkat menggunakan algorithm untuk mengkadar pemain catur yang dibekalkan oleh rakan karibnya, Eduardo Saverin. Hasil daripada itu, beliau telah membina laman web yang dinamakan “FaceMash”, di mana pelajar lelaki boleh memilih mana diantara dua pelajar wanita yang paparkan serentak, adalah lebih menarik.  

Hasil daripada itu, Mark telah dihukum selama enam bulan kerana aliran trafik terhadap rangkaian baru ciptaannya itu telah meruntunkan sebahagian daripada rangkaian Harvard.

Hentak tahu apa yang berlaku seterusnya? Jangan lepaskan peluang menonton……….

image

apabila ianya ditayangkan dirangkaian pawagan TG V bermula dengan Sunway mulai 2 Disember nanti.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List