1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 17, 2010

17 Disember 2010 - Hari Terakhir Perkhidmatan

Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku masuk ofis sebagai penjawat awam. Esok adalah hari lahir aku yang ke 56 dan hari tamat perkhidmatan. Sehingga masa menulis posting aku tidak tahu apa yang berlaku. Bila check di JPA Isnin lepas, "Record Not Found" sedangkan aku sudah isi borang pencen sejak 6 bulan lepas lagi. Entahlah......... Adakah aku akan mendapat kad pesara hari ini seperti pesara-pesara lain yabg berkedudukan dan juga ganjaran cuti rehat selama perkhidmatan.

Tak tahu bagaimana aku akan menjalani hari Isnin pertama apabila bangun dan mendapati, Alamak hari ini aku sudah tidak ada pekerjaan. Tetapi sekarang ramai dah gelar sebagai YB. Bukan Yang Berhormat tetapi ........

Selepas 34 tahun setiap hari bekerja aku bangun dari tidur dan bersedia untuk ke tempat kerja, tiba-tiba aku akan bangun dan terpaksa duduk mencangkung memikirkan hari yang mendatang. Sehingga hari ini aku masih tidak pasti lagi sama ada akan berpindah balik ke Jitra atau masih menetap di bandaraya kosmopolitan ini. Susah juga kerana tahun 2011 ini anak aku akan naik darjah 6. Tahun peperiksaan ni bermasalah sikit untuk pindah kerana melibatkan pendaftaran peperiksaan.

Hari ini aku akan menyambut Hari Persaraan secara bersendirian. Rakan-rakan di pejabat majoriti ada tugasan luar dan tidak dapat bersama di saat-saat perpisahan ini. Tetapi itulah percaturan Allah SWT. Tentu ada hikmahnya dengan situasi seperti ini.

Walau apapun aku cukup-cukup bersyukur ke hadrat Allah SWY kerana telah memberikan kepadaku kesempatan dan keizinan untuk menikmati hari terakhir berkhidmat sebagai penjawat awam ini. Ia adalah satu hari yang tidak ada ulangan. Ia hanya sekali seumur hidup. Ramai juga rakan-rakan yang tidak sempat sampai ke tarikh persaraan dan merasai hari persaraan. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah memberikan reseki mu yang melimpah ruah kepadaku dalam bentuk kesihatan fizikal dan dapat berkhidmat kepada umat, masyarakat, organisasi dan negara. Bila direnungkan kembali aku rasa tidak sampai seratus hari pun aku mengambil cuti sakit, Syukur Alhamdulillah.

Aku bersyukur kepada Allah jua kerana sepanjang aku berkhidmat dengan organisasi sekarang, semua tugasan aku dapat dilaksanakan tanpa sebarang kegagalan. Aku bersyukur kerana tugasan aku melibatkan penyebaran ilmu. Hanya aku harap sesiapa yang mendapat ilmu hasil daripada tugasan aku itu akan mempergunakan ilmu-ilmu itu dan sebarkan pula kepada orang lain. Ilmu diberikan oleh Allah kepada kita dan  bukan hak kita. Jadi adalah lebih baik ia disebarkan kerana ia akan menjadi jariah yang membawa ganjaran tidak putus-putus kepada kita di kemudian hari.

Aku ambik kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua rakan dan kenalan aku sepanjang tempoh perkhidmatan di organisasi sekarang mahupun semasa di Kubang Pasu dan juga di Kota Marudu, Sabah. Mungkin ada salah silap aku dari segi bahasa dan perbuatan. Aku mohon maaf. Kalau aku terhutang tu halalkan lah ye? Hehehehehe....

Pagi tadi keluar minum dengan seorang rakan setugas, lepas itu balik untuk bantu dia menggunakan Windows Live Writer. Tetapi malangnya sambungan internet tidak begitu memuaskan dan tidak dapat masuk ke laman berkenaan. Walau apapun aku mengucapkan terima kasih kerana beliau telah memberikan aku hadiah persaraan. Ini hadiahnya...
Terika masih. Sabun adalah alat untuk menyucikan diri dari segala kekotoran. Tetapi sabun ini sabun Taharah yang sesuai dipakai oleh umat Islam untuk bersuci. Sesungguhnya hasil yang halal itu datangnya dari sumber yang halal juga. Wallahualam.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List