1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, December 28, 2010

Saya Nak Menonton FASTER


Anda peminat gusti? Tentu anda masih ingat seorang pengusti yang popular The Rock. Beliau yang nama sebenarnya Dwayne Johnson kini sudah beralih angin dari seorang ahli sukan kepada seorang bintang filem dan semakin ramai peminat yang meminati beliau. Filem pertama beliau ialah Scorpion King pada tahun 2001. Kali ini beliau membintangi sebuah lagi filem aksi Faster yang akan di tayangkan di pawagam di negara ini mulai Januari 2011 nanti. 


Faster mengisahkan Driver (Dwayne Johnson) yang telah dibebaskan setelah menjalani penjara selama sepuluh tahun mempunyai satu misi iaitu membalas dendam terhadap pembunuhan adiknya. Adiknya itu terbunuh sewaktu berlaku satu rompakan bank yang gagal hasil daripada pembelotan dan membawa kepada Driver dipenjarakan. 

Sebagai seorang yang bebas beliau mempunyai satu senarai tugasan yang perlu dibereskan dan misinya bermula. Walau bagaimanapun dua orang lain mengekorinya dalam misi itu. Seorang daripadanya ialah seorang polis veteran (Billy Bob Thornton) yang hanya beberapa hari lagi akan bersara. Seorang lagi ialah penembak tepat yang egosentrik (Oliver Jackson-Cohen) dan mempunyai bakat yang tinggi untuk membunuh kerana mendapati Driver merupakan saingannya yang bernilai. Hasilnya pemburu juga seorang yang diburu. 
Misi mereka adalah antara hidup dan mati kerana misteri kematian adik Driver menjadi semakin rumit dengan kemunculan perkara-perkara baru yang menjadikan sasaran misi Driver mungkin tidak lengkap.  

Filem ini sepanjang 98 minit ini diarah oleh George Tillman Jr. Dapatkan juga info lanjut filem ini DI SINI.     .   



Anda boleh menonton teaser filem ini DI SINI.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List