1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, January 25, 2011

Allah Turunkan Rezeki, Manusia Yang Menyekatnya

Sejak pencen ni memang banyak masa untuk aku. Maklumlah dok di rumah. Lepas subuh, hantar anak ke sekolah dan kemudian tidur balik. 

Ni tengah dok cari kerja yang sesuai la. Adalah dok tunggu satu dua permohonan tetapi entah bila akan dapat jawapannya. 

Minggu lepas dapat tahu satu permohonan aku untuk satu post di Kuantan dah terlepas. Bukan apa, aku memohon pada mulanya tu hanya untuk mencuba nasib saja. Maklumlah post seperti itu memerlukan seorang yang ada ijazah. So aku pun buat endah tak endah saja. Kalau ada rezeki dapat, kalau tak ada rezeki apa nak buat. Lagi pun pada masa yang sama aku dok tunggu keputusan nak sambung sebagai staf kontrak di tempat kerja lama. Permohonan dah dibuat sejak bulan Oktober 2010 lagi tetapi sehingga habis tahun tak ada apa-apa jawapan pun. Walaupun demikian, aku memang yakin akan disambung kerana tugas yang aku laksanakan sewaktu masih bekerja adalah tugas profesional. Semasa masih bertugas tahun lepas dua program baru yang masih belum dilaksana di mana kedua-dua kertas kerja untuknya aku yang tulis dan submit selepas disemak oleh Ketua Unit. Ianya projek peringkat Kebangsaan. Tak naklah bagi tau program apa tetapi lambat laun orang akan tahu juga. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu kepada negara dan akan terus kenang sebagai hasil tangan aku. 

So, berbalik kepada permohonan awal tadi, hanya setelah aku tahu keputusan bahawa pejabat lama aku tidak mahu menyambung khidmat aku sebagai staf kontrak, baru dapat maklumat yang permohonan awal itu berjaya dan mereka hendak menawarkan post itu kepada aku. Tetapi apabila mereka menghubungi tempat aku sedang bertugas masa itu, dimaklumkan bahawa khidmat aku diperlukan selepas aku tamat perkhidmatan. Jadi pihak berkenaan membuka tawaran itu kepada orang lain. Aku mendapat tahu bahawa post itu sudah diisi mulai 2 Januari 2011 lalu. 

Melepas satu post yang aku rasa dapat memberikan keselesaan kepada aku dan keluarga dengan tawaran gaji dua kali ganda daripada gaji yang aku perolehi semasa berkhidmat dengan kerajaan dan ditambah pula dengan elaun keraian. Maka terfikirlah aku bahawa rezeki itu diturunkan oleh Allah, tetapi manusia boleh mengagalkan rezeki itu sampai kepada yang berhak. Hasilnya sampai sekarang aku masih tidak bekerja. Hidup di Kay El beb, mana cukup dengan duit pencen. Entah-entah satu hari nanti aku terpaksa kutip tin bekas minuman dari satu tong sampah ke satu tong sampah. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List