1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011- Catatan Pertama

Ini posting pertama untuk dekad baru 2011. 
Posting ini dihantar dari rumah ibu bapa ku di Alor Setar.
image
Kredit Gambar: The Star online
Biasanya setiap masuk tahun baru pastinya mindset ialah untuk memulakan kerja di pejabat pada 2hb Januari sebagai hari pertama di tahun baru. Tetapi tahun ini aku tidak perlu lagi fikir untuk berbuat demikian. Aku dah bebas dari rutin untuk bangun tidur dan bersiap untuk pergi ke pejabat. Tetapi tak tahu sampai lama mana. 

Apabila seseorang itu menjadi dormant, makan otaknya pun akan turut menjadi dormant. Otak manusia akan menjadi regressive jika ia tidak dicabar untuk melakukan sesuatu tugas. Sebab itu aku harap aku tidak akan menjadi seorang yang hidup pasif. Aku harus terus melakukan sesuatu untuk mencabar otak aku berfikir. Nasib baik juga aku melibatkan diri dengan dunia blogging dan aktif  melayari internet. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang yang baru yang akan aku temui dan baca. Menulis juga akan terus mencabar otak untuk terus berfikir. 

Dulu semasa aku hampir hendak bersara, ramai rakan-rakan berkata dah pencen, duduk sajalah. Dah puas kerja sekarang masa untuk rehat. Aku amat tidak setuju dan  ramai juga yang akan bersetuju bahawa apabila kita terlalu rehat, otak kita juga akan menjadi semakin mundur. Kemunduran otak akan mempengaruhi fizikal untuk menjadi lemah dan proses penuaan semakin cepat. Bukan kerana takut nampak tua, tetapi apabila kita tengok pada diri sendiri sebagai tua, maka kita akan hilang motivasi untuk terus hidup. Hidup adalah perjuangan dan perjuangan itu tidak selesai selagi hayat di kandung badan. 

Mungkin ramai yang tidak bersetuju jika orang tua berperangai seperti orang muda. Bagi saya falsafah saya  tidak mengatakan begitu. Saya berpendapat, kita hendaklah terus berjiwa muda kerana ia akan menguatkan fizikal sebab orang muda yang memilikki fizikal yang kuat. Jadi apabila orang tua dapat mengekalkan fizikal yang kuat, maka ia akan mampu terus beribadat dengan selesa dan memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik. 

Malam tadi buat pertama kali dapat makan malam bersama keluarga. Walaupun tidak sepenuhnya berkumpul  tetapi sekurang-kurangnya dapat makan beramai-ramai di luar. Ianya sesuatu yang tidak dapat saya lakukan memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List