1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, February 17, 2011

Bila Rakyat Hutang Kepada Kerajaan

Mulai 1 Mac ini peraturan baru bayaran saman dikuatkuasakan. Apabila seseorang itu lewat membayar saman, ia akan meningkat sehinggalah 60 hari apabila ia secara otomatik menjadi kes mahkamah. 

Memang tidak adil betul kepada rakyat apabila Kerajaan membuat peraturan yang semuanya memihak kepada Kerajaan. 

Contohnya:
Tentu ramai daripada kita yang membuat potongaan gaji untuk membayar Cukai Pendapatan. Selalunya potongan itu akan berlebihan daripada Cukai yang kena bayar. Jika hendak mengikut peraturan Akta Jalan Raya yang baru dipinda ini, Kerajaan sepatutnya membayar gantirugi kepada rakyat kerana lewat membayar balik wang lebihan kadang-kadang memakan masa berbulan-bulan dan macam-macam alasan yang Kerajaan akan berikan untuk melengahkan pembayaran. Adakah ini adil kepada Rakyat? Apabila wang anda lewat dibayar oleh pihak Kerajaan, adakah anda boleh bawa kes itu ke mahkamah?

Itu satu sahaja contoh di mana Rakyat macam mana pun akan jadi mentimun dan kerajaan adalah Durian. Kerajaan manakah itu?. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List