1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, March 15, 2011

Parking Haramkah?

Malam tadi pergi tonton Battle Of Los Angeles di TGV KLCC, kerana dapat undangan dari Manggaads. Oleh kerana lapar singgah dulu makan kat Pelita Nasi Kandar. Kat dalam dah penuh so park je kat luar. Ada seorang India tu tengah sapu sampah kat situ. Bila tengok aku nak masuk parking dia pun datang dan bantu. Pas tu dia cakap parking RM 5.00. Aku membantah sebab dulu aku parking situ ada juga penjaga parking haram. Bayar RM3.00 je. So aku tak bayar lagi dan bagi tau nak masuk makan dulu.

Pada masa sama ada seorang security datang dan bising pada lelaki bahawa dia kutip parking tak keluarkan resit. Itu membuatkan aku rasa berat nak bayar.

Lepas makan terus pergi menonton di TGV. Bila balik dan hendak ke kereta, lelaki sama datang meminta bayaran dan aku berkeras minta resit. Dia ambik resit yang disimpan dalam bangunan tokong tidak jauh dari situ. Dia bagi resit kosong. Bila aku tanya berapa nilai resit dia cakap tulis sendiri. Aku mula pertikai kesahan resit itu. Aku bayar RM3.00 sahaja. Aku sertakan resit berkenaan. Entah di mana dia cilok resit ini pun tak tahu.
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List