1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, March 08, 2011

Doa Untuk Adik

Hari ini gelisah juga menanti perkembangan seterusnya dari Alor Setar. Hari ini adikku akan masuk ke Operating theatre untuk dilakukan pembedahan usus. Doktor bagi tahu usus dia dah ruptured. Dah agak lama juga keadaan jadi begitu dan ada kemungkinan organ-organ lain dah infected. 

Hari Khamis lalu aku bergegas balik ke Alor Setar setelah mendapat panggilan telefon dari ipar mengatakan yang adikku itu sedang tenat. ambil anak dari sekolah dan terus balik Alor Setar. Boleh pecut juga sebab pakai Persona anak. Ketiga-tiga anak yang tinggal bersama denganku balik. Nampak juga seorang polis trafik menyorok di bawah flyover dengan speed kameranya. Entahlah kena atau tidak. Jeling speedometer lebih kurang 120kmph. Apabila polis trafik bersembunyi untuk memerangkap orang, jelaslah mereka sebenarnya hendak mencari kesalahan bukan bertujuan untuk mendidik pengguna jalanraya. Macam harimau menunggu untuk mencekup mangsa. 
Sampai Hospital sultanah Bahiyah Alor Setar, tengok adikku memang sedang dalam keadaan tenat. Terpaksa bergantung pada oksigen support. Kaum keluarga terdekat dah berkumpul dan Surah Yasin dibaca. Tak puas dengan bacaan, diletakkan bacaan Yasin yang dirakan dan dibaca oleh Qari melalui telefon. 

Aku sendiri tidak senang dukuk. Berjalan sana-sini sambil menahan agar tidak menangis. 

Kelihatan perutnya masih membusung dan ada juga yang dikatakan dia terkena buatan orang. Entahlah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kalau buatan orang, apa salahnya adikku itu. Dengki? Sakit hati? Cemburu? Wallah hu alam. Tetapi jika dilihat kesannya ia tanda penyakit yang berkaitan dengan masalah hati.

Pagi tadi telefon anak sulungnya dan diberitahu sedang menanti untuk dimasukkan ke dalam OT sebab kesnya priority. Hari Khamis lalu memang pihak hospital dah prepare nak operate tetapi memandangkan jantungnya tidak stadil, maka ditangguhkan dulu. Malam itu juga dipindahkan ke wad CCU (Cardiovascular Care Unit) di tingkat 3. Semalam dipindahkan pula ke CRW (Cardiovascular Rahabilitation Ward).

Doktor suruh kami berbincang sesama keluarga untuk membuat keputusan. Doktor bagi tahu risiko pembedahan itu ialah 90%. Maknya hanya ada 10% sahaja untuk survive. Ya Allah!.

Aku juga mendapatkan pandangan seorang kawan yang juga seorang doktor perubatan disamping sepupuku, seorang pakar bedah tetapi bukan bidang kardiovaskular. Memang mereka mempunyai etika masing-masing. Tidak membuat keputusan tetapi hanya memberi nasihat. 

Selepas itu aku beritahu anak adikku itu bahawa keputusan terakhir ialah mendapatkannya dari tuan tubuh sendiri kerana dia masih sedar. Dia yang menanggung kesakitan dan apa yang aku dapat tahu ialah dia minta diteruskan pembedahan. Mungkin dia sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan minta diteruskan pembedahan walaupun sedar risikonya adalah tinggi. 

Risiko itu sebenarnya bukan terhadap usus tetapi keadaan jantungnya yang tidak stabil. Doktor memberitahu yang pembedahan itu akan menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan mungkin itu akan menjejaskan fusngi sistem peredaran darah. 

Walau apapun, kami hanya berserah kepada Allah kerana Dia lah yang Maha Mengetahui. 

Ya Allah, Selamatkanlah adikku Berikanlah syifa'Mu agar dia dapat terus hidup untuk berbakti kepada negara. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List