1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, March 21, 2011

Pendedahan Sensasi

Hari ini satu berita mengemparkan di arena politik ialah tentang terdedahnya satu video perlakuan seks seorang pemimpin negara. Walaupun berita awal tidak menyebut siapa pemimpin itu tetapi, ramai sudah mengetahui dan dapat mengagak orang itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana inilah pemimpin yang perlu dijatuhkan walau dengan apa cara sekalipun. 

Berita TV pun sudah menyiarkan tentang pendedahan ini dan orang yang disyaki terlibat juga telah membuat penafian. 

Macam biasa TV3 akan menjadikannya lebih sensasi dengan menemuramah ahli-ahli politik kerana dikhabarkan ianya juga ditayangkan di ruang rehat ahli Parlimen. P\TV3 juga menemuramah beberapa ahli Parlimen UMNO dan BEBAS. Apa yang peliknya, orang-orang Melayu yang ditemuramah itu bagaikan sudah menjatuhkan hukum kepada mangsa fitnah. Bagi saya Wee Choo Keong (seorang berbangsa Cina), bekas ahli PKR dan MP Wangsa Maju, adalah lebih profesional dalam jawapannya dan tidak menuduh sesiapa sebaliknya memberikan naishat pula. Macam biasa mengapa pula tidak ditemuramah wakil PAS, DAP dan PKR? Pelik bukan? Macam ada yang tak kena.   

Berita awal pendedahan itu hanya diprebiukan kepada kumpulan wartawan yang dikenakan syarat-syarat tertentu oleh orang mendakwa mempunyai rakaman itu iaitu Datuk T. Jika Datuk T seorang yang mempunyai pendedahan berstatus mengemparkan itu, dan akan didedahkan seminggu lagi jika individu yang terlibat tidak meletak jawatan, bagaimana pula boleh salinannya ada di parlimen? Macam ada sesuatu yang tidak kena di sini yang menguatkan lagi bahawa ianya adalah satu perancangan untuk character asasination. 

Ianya sesuatu yang memalukan dalam arena politik negara. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pemimpin negara kita adalah terdiri daripada mereka yang tidak bermoral. Dari kisah sodomy I dan kemudian Sodomy II, Skandal CSL dan sejak seorang pemimpin MIC dijatuhkan dengan menggunakan taktik perangkap seks, nampaknya ianya sungguh berkesan untuk menjatuhkan seseorang. Cuma Altantuya sahaja yang selamat sehingga kini. 

Yang terkini ialah satu lagi usaha orang Melayu hendak menjatuhkan orang Melayu. Sama macam negara-negara Arab yang bercakaran sesama sendiri sehingga Isreal yang sekangkang kera itu pun tidak terdaya hendak lawan. 

Adalah amat malang sekali bagi bangsa Melayu, hanya kerana inginkan kuasa, maka sanggup memfitnah bangsa sendiri. Ingatlah, jika kita menang di dunia, belum tentu kita akan terus menang hingga ke akhirat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List