1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, March 23, 2011

Sudah Lupakah Pada Syurga Neraka?


Begitu berita dalam myMetro tentang bagaimana seorang isteri yang naik berang kerana suami minta makanan. Sepatutnya tanggungjawab isteri untuk melayan suaminya dalam segala segi melainkan ajakan untuk membuat maksiat. Barangkali isteri tersebut sudah lupa bahawa syurga terletak dibawah kaki suami sama seperti syurga anak di bawah telapak kaki ibu.

Allah menurunkan penyakit kepada suami tersebut, barangkali untuk menguji ketaatan isteri terhadap suami. Maka itulah yang disebut sebagai sabar separuh daripada iman. Sebagai seorang yang beriman kita harus sabar dan redha dengan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana Allah akan sentiasa menguji hambanya dengan berbagai cara.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List