1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, April 14, 2011

Pertama Kali di Puncak Jalil

Dah beberapa hari juga tak update blog ini. Tak tahulah, masa banyak idea pula tak banyak. 

Malam tadi pertama kali pergi makan di Bandar Putra Permai di Puncak Jalil. Selalunya tempat makamn waktu malam ialah di Seri Petaling. Nak ubah selera, sebab tengok dalam Foursquare salah seorang friend pernah makan di area situ. Ada Restoran Nasi Kandar. So nak trylah. 

Lokasi Restoran Nasi Kandar itu ialah di Jalan PUJ 3/9 Puncak Jalil. Nak tahu berapa jarak restoran itu dari rumah, check direction dalam map pada handphone menunjukkan 4.8km dan masa perjalanan 8 minit. Sementara kalau ke Sri Petaling, restoran biasa ialah 6 km dan masa lebih kurang 11 minit. Tu mengikut Google map dalam Blackberry aku. Jadi pergi Puncak Jalil lebih dekat nampaknya. Lagi pun jalan taklah sesak sangat serta lancar kerana hanya satu sahaja lampu trafik. Sementara ke Sri Petaling kena melalui 6 lampu trafik.

Restoran Hamid Nasi Kandar kalau mengikut catatan dalam Foursquare baru saja dibuka. komen pengunjung pula nampaknya banyak yang negatif. 

Kalau nak dinilai rasa tak ada istemewanya. Nak banding dengan Nasi Kandar Pelita kat KLCC memang jauhlah. Dari segi layanan agak slow sikit kerana pekerja tidak mencukupi. Ini diakui sendiri oleh pengusahanya yang meletakkan notis du kaunter tentangnya. 

Makanan memang ada variety. Selain nasi, ada juga roti tempayan, Ayam Tandoori, Satay, Western Food dan juga ikan "segar" yang sudah dimarionette. 

Ada FREE WiFi. Bila cuba connect kena ada password pula. 

Sekali pergi tak bolehlah nak buat penilaian. Mungkin akan pergi lagi di hari lain.   

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List