1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, May 09, 2011

Halalkah Keju?

Hari ini ada terima dua email pasal makanan. Yang pertama pasal status Halal keju dan yang kedua makanan untuk kesihatan otak. Posting ini saya muatkan dahulu pasal status HALAL atau HARAM keju yang kita makan di rumah atau di kedai makan segera. 

Keju sudah semakin menjadi makanan biasa kepada kebanyakan rakyat negara ini, khusunya yang tinggal di kawasan bandar dan di setiap pasaraya pasti ada dijual keju ini. Malah kedai 24 jam pun menjualnya. 

Email yang saya terima itu memperkatakan tentang salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan keju iaitu RENNET. 

RENNET adalah salah satu bahan yang digunakan untuk memproses keju dan peranannya ialah untuk menghasilkan curd (pepejal) dan whey (cecair). 1kg RENNET boleh memproses 15,000litre susu untuk dijadikan KEJU dan WHEY.

Berikut ialah kandungan email yang saya terima.
   
DARI MANA DATANGNYA RENNET?

Perlu diketahui bahawa RENNET datangnya dari bahagian ke-empat perut anak lembu yang dinamakan ABOMASUM. Ya, RENNET datang dari perut anak lembu yang baru lahir. Kandungan enzyme dari RENNET inilah yang bertugas menarik keju dari susu.
   
Proses Tradisional utk mendapatkan RENNET 

Perut anak-anak lembu dikeringkan dan dipotong kecil. Kemudian ia dimasukkan ke dalam air masin atau cecair whey dan ditambah wine atau vinegar untuk menurun tahap PHnya. Setelah beberapa hari, campuran itu ditapis dan cecair yang pekat tertinggal di dalam bekas merupakan RENNET.
   
Cara tradisi ini masih digunakan di France, Switzerland, Romania dan Austria. Saya sendiri melihat bagaimana rakan-rakan saya di St Moritz-Switzerland, membuat rennet dan keju di dalam basement rumah mereka.
   
Proses Moden utk mendapatkan RENNET
Bekalan perut anak-anak lembu sejukbeku dijadikan serbok oleh grinder. Serbok dimasukkan ke dalam cecair acid utk menarik enzyme yang aktif. Cecair itu kemudiannya dineutralkan sifat acidnya. Komdian cecair tersebut melalui tapisan demi tapisan. Hasilnya adalah RENNET.
   
Untuk pengetahuan penuh mengenai RENNET haram ini, sila ke:  
http://en.wikipedia .org/wiki/ Rennet
   
Sebenarnya ada RENNET yang halal yang terbentuk dari pemprosesan dari fungus 
dan bacteria baik.
   
Untuk pengetahuan penuh mengenai RENNET halal, sila ke: 
http://www.vegsoc. org/info/ cheese.html
   
Di Saudi Arabia, setengah dari kejunya NYATA tertulis bahawa RENNET FROM 
VEGETABLE SOURCE atau VEGETARIAN RENNET. 
   
Yang menjadi persoalan saya adalah, orang putih kan terkenal sebagai Animal Lover dan tak mahu tengok binatang disembelih kerana zalim katanya. Jadinya, perlu matikan anak-anak lembu dgn cara humane, iaitu eletrik.
   
  JADINYA, DI MALAYSIA NI BAGAIMANA?
1. Mengapa TANDA HALAL ADA pada setiap keju yang dijual di PASARAYA walaupun
RENNETnya tidak disebut dari VEGETABLE SOURCE. Adakah tanda HALAL itu sebagai 
TRICK PEMASARAN utk menipu pengguna Islam?

2. Keju jenis apa yang digunakan oleh semua KEDAI MAKANAN SEGERA, PEMBUAT KEK 
KEJU, PEMBUAT BISKUT KEJU dan lain-lain yang berkeju? Adakah TANDA HALAL DI 
DEPAN kedai mereka itu menyatakan bahawa KEJUnya JUGA HALAL?
      
 Sefaham saya, HALAL sesuatu makanan itu apabila SEMUA BAHANNYA HALAL dan 
sumber wang yang membelinya pun HALAL. Betul tak, sahabat-sahabat semua?

Demikian sya ingin kongsikan maklumat tentang pemakanan yang sememangnya paling kita jaga sebagai umat Islam tentang status halal Haramnya. Wallau hu alam. 
Stock Photo - variety of cheeses. 
fotosearch - search 
stock photos, 
pictures, wall 
murals, images, 
and photo clipart
Gambar Hiasan 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List