1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, May 16, 2011

Hari Belia Negara - Ke arah Manakah Transformasi Mereka?

Kelmarin secara kebetulan turun ke Kuala Lumpur dan menghadiri majlis perasmian Hari Belia Negara di Bukit Bintang. Secara kebetulan juga dua majlis yang sama untuk dua peringkat iaitu pada siangnya peringkat Wilayah Persekutuan dan malamnya peringkat Kebangsaan.  

Sebahagian Jalan Bukit Bintang di hadapan BB Plaza ditutup untuk menempatkan pentas utama dan juga kiosk kiosk pameran oleh jabatan kerajaan. Memang sesuai benarlah kerana kawasan ini menjadi tumpuan bukan sahaja pelawat tempatan tetapi juga pelancung luar Negara. Dapatlah kita mempamerkan info Negara kita kepada pengunjung.

Pada sebelah petang majlis diresmikan oleh Timbalan Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan. Macam biasa selepas ucapan diadakan pertunjkan pentas.

Hattan mempersembahkan dua buah lagu dan disamping itu ada pula dikir barat oleh kumpulan dari Putrajaya. Diadakan juga demonstrasi Karate dan juga tarian olah beliawanis berlatabelakangkan lagu Piala dunia 2010. Memang perasmian untuk peringkat Wilayah Persekutuan ada menampakkan ciri-ciri Malaysia tetapi sebaliknya perasmian untuk peringkat Kebangsaan pada sebelah malamnya oleh Timbalan Perdana Menteri mencerminkan situasi sebenarnya belia kita hari ini dan masa hadapan. Merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara kita esok.

Pada majlis sebelah petang juga ada ucapan aluan oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Rn Ida Harlina Ikhwan Nasir. Beliau telah tampil menunjukkan satu imej sopan selaku seorang pemimpin belia dan sewajarnya semua belia di bawah pimpinan beliau mengikut jejak langkah itu. Sopan bertudung dan bersarung tangan. Ada usaha menutup aurat walaupun mengikut trend semasa. Imej yang sebeginilah yang wajar ditransformasikan oleh kerajaan terhadap belia kita khususnya beliawanis Melayu yang semakin hanyut dengan trend berpakaian moden.

Persembahang sebelah malam di hadapan Timbalan Perdana menteri menampakan wajah sebenar Belia-belia Malaysia. Sambil menonton persembahan terfikir di kepala saya ke arah manakah belia kita akan di bawa? Kita sedang berhadapan dengan masalah sosial dan pencemaran budaya di kalangan belia kita dan Kementerian Belia dan Sukan yang sepatutnya mengambil inisiatif mengawalnya seolah-olah terikut-iku pula dengan arus masalah ini melalui persembahan pada pelancaran Hari Belia Peringkat Kebangsaan. Jika begini keadaan belia hari ini dan kita berikan galakkan bagaimana pula generasi anak cucu kita?

Persembahan tarian yang dipersembahkan tidak ada langsung ciri-ciri Malaysia di dalamnya. Mungkin terlepas pandang, saya tidak nampak langsung adanya unsur-unsur nyata budaya kaum yang ada di Malaysia. Tidak ada langsung irama joget, zapin, dondang sayang. Tidak ada juga bunyian seruling, gendang keling atau rabana ubi.  Tidak langsung bunyi-bunyian sitar dan tabla. Tidak ada kerincing Gendang tarian naga. Tidak ada juga irama-irama ngajat, tagunggak, kulingtangan atau irama Sumazau.  Apa yang dipersembahkan adalah irama yang menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang seperti hip hop, shuffle dan lain-lain tarian moden yang diimport dari Barat. Mungkin kerana koreografernya seorang wanita Cina dan terbawa-bawa dengan arus kemodenan lalu melupakan budaya Malaysia yang kerajaan bangga-banggakan. Wanita Cina itu juga rakyat Malaysia yang sepatutnya bersama-sama mengetengahkan budaya Malaysia yang kita war-warkan melalui slogan Hari Belia Negara tahun ini iaitu Menjana Transformasi. Transformasi yang bagaimanakah hendak dijana belia-belia kita?


Majlis di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancung luar negara itu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan budaya belia Malaysia yang semakin pupus dan bukannya menunjukkan bahawa belia kita sedang menjana transformasi dengan tengelam dalam arus kemodenanan hingga hilang langsung budaya sendiri. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA

1 comment:

Ida Harlina Ikhwan Nasir said...

Salam tuan. Terima kasih sudi tulis pasal diri yang serba kurang ini. Saya hanya cuba yg terbaik.

Salam perjuangan, Ida Harlina Ikhwan Nasir (mantan Presiden MBWP - hari ini Pengerusi Tetap MBWP)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List