1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, May 16, 2011

Jijiknya Pinggan Begini

Tadi bawa anak pergi makan petang selepas ambik dia dari sekolah. Makan ringan je. Biasala, makanan ringan popular roti canai. Kali ini minta roti canai banjir. Tak macam biasa dalam bekas khusus untuk roti dan kmpartmen untuk kuahnya. Kali ini aku minta roti banjir sebab nak cepatkan roti menjadi lembut kerana masih sakit gusi. Tak boleh makan makanan yang keras. Orang tua. Maklumkah.

Roti banjir, mamak tu gunakan pinggan plastik. Semasa mengambil cebisan pertama dan sebelum suap, ternampak dalam pinggan itu kesan terbakar hasil daripada cucuhan api rokok. Terus saja kembang tekak dan tak lalu nak makan. Nasib baik nampak lebih awal, kalau nampak selepas habis, mahu muntah aku kat kedai itu.
 Foto: kesan bakar inilah yang buatkan aku tak lalu nak makan roti itu dan bagi saja pd anak. 

Sememangnya bagi aku, rokok adalah bahan yang menjijikkan. Minta maaflah kepada perokok dan kawan-kawan yang merokok. Seberapa boleh aku elak dari menyentuh rokok, malah kotak rokok juga aku rasa berat untuk sentuh. Begitu juga kalau ada puntung rokok di atas jalanan, aku akan cuba elak dari memijaknya. Apa lagi kalau keadaan basah.

Salah satu sebab aku tidak berminat untuk pergi menonton bolasepak di stadium juga ialah kerana rokok. Dah menjadi tabiat, penonton akan merokok sebebas-bebasnya di dalam stadium walaupun ada undang-undang tidak boleh merokok di premis sukan dan premis kerajaan. Tidak pernah pula dengar ada orang yang dikenakan tindakan kerana merokok di dalam stadium.

Semasa aku berkhidmat di sebuah agensi kerajaan dulu, Ketua Pengarah telah melancarkan Kempen melarang merokok di dalam kawasan premis itu. Apa yang berlaku tidak ada tindakan dikenakan terhadap pelawat yang merokok di dalam premis itu.

Malaysiakini pada 16 Mei melaporkan tentang usaha kerajaan Pulau Pinang hendak menjadikan Penang Hill sebagai zon larangan merokok. Consumers association of Penang mengalu-alukan pengumuman itu. Tetap sejauh manakah ianya akan berjaya? Penang Hill adalah tempat tumpuan pelancung yang terdiri daripada mereka yang merokok dan tidak merokok. Bagaimana pula dengan penghuni Penang Hill itu yang berada di premis persendirian? Semoga kerajaan Pulau Pinang akan dapat menjadikannya satu kenyataan. Kepada perokok tidak masalah tetapi kepada mereka yang tidak merokok, tidak mahu asap percuma yang diberikan itu.

Menyediakan tempat khusus untuk merokok (di kem BTN disebut Sudut bunuh Diri)adalah satu cara terbaik untuk mengawal perokok dari merokok di merata tempat. Premis makanan juga patut dijadikan zon larangan merokok seperti di pusat penjaja di Bandar Tun Razak. Tetapi apa yang mengeciwakan, ialah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri merokok selepas makan walaupun ada tertulis dengan jelas Di Larang Merokok. Pagar Makan Padi. 

Jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh menguatkuasakan Kempen Tak Nak, maka semua peruntukan yang di belanjakan hanya menguntung orang-orang tertentu yang terlibat mempromosikan kempen itu. Bagi saya Kempen Tak Nak ialah money going into the drain. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List