1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, July 15, 2011

KHASIAT BUAH PERIA


PERIAPahit-pahit buah peria tetapi banyak khasiatnya. Memang tidak dinafikan peria merupakan sayur yang paling pahit jika dimakan walau dengan apa cara sekalipun. Namun tidak hairan lah buah ini mempunyai khasiat untuk dijadikan ubat.Pokok peria mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan mempunyai akar tunjang serta akar sisi berserabut. Daunnya berselang seli, mempunyai bunga berwarna kuning dan dapat menghasilkan bunga jantan dan betina secara berasingan. Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Apabila sudah masak, ia bertukar menjadi warna kekuningan dan jingga merah. Bijinya pula berwarna putih ketika mentah dan menjadi merah apabila sudah masak.Kandungan pemakanan, galian dan mineral yang terdapat dalam peria terdiri daripada protin, lemak, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C dan B kompleks.
Peria mempunyai kelebihan dari segi perubatan. Peria juga merupakan buah antidot, anti mikrob, penambah selera dan sebagai ubat julap.Antara khasiat peria ialah:
1. Merawat DiabetisMelalui kajian, peria dikatakan mempunyai hipoglisemik atau bahan seperti insulin yang dipercayai dapat merendahkan tahap gula dalam darah dan air kencing. Cara pengambilannya ialah :a. Ambil 4 ke 5 biji buah peria, dibuat jus. Minum setiap pagi ketika perut masih kosong.b. Ambil Peria yang telah dijadikan serbuk dan ditambah dalam setiap makananc. Amalkan meminum air rebusan buah peria atau air serbuk peria.
2. Merawat Buasira. Ambil daun pokok peria yang segar, basuh bersih dan dikisar untuk dijadikan jus. Campurkan 3 sudu teh jus daun peria dengan segelas cecair mentega (1 sudu teh mentega + segelas air suam) dan diminum selama sebulanb. Ambil akar pokok peria, cuci bersih, dan di asah pada belakang pasu dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pes akar peria di tempat buasir. Cara ini pun dikatakan mampu merawat masalah buasir.
3. Merawat masalah berkaitan dengan darahSeperti kegatalan, psoriasis, kudis, kurap dan penyakit kulit yang lain. Caranya dengan mengambil secawan jus peria, dicampur dengan 1 sudu teh jus limau. Amalkan minum semasa perut masih kosong setiap hari selama 4 hingga 6 bulan.
4. Merawat masalah berkaitan dengan pernafasanSeperti asma, bronkitis (radang saluran pernafasan), faringitis (radang tenggorok), selsema dan rhinitis (alahan). Caranya dengan mengambil sesudu pes akar pokok peria dan dicampukan dengan sesudu madu. Amalkan meminumnya setiap malam selama sebulan.
5. Merawat penyakit kolera(peringkat awal)dan Diarea (cirit-birit)Kolera adalah penyakit menular di saluran pencernaan. Ketika diperingkat awal ia masih dapat dipulihkan dan daun pokok peria merupakan ubat efektif untuk masalah kolera dan lain-lain diarea. Caranya dengan mengambil 2 sudu teh jus daun peria dicampur dengan 2 sudu teh jus bawang merah dan sesudu jus limau. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
6. Merawar AlkoholismeJus daun peria mempunyai antidot dan juga dikatakan amat berkesan dalam merawat kemabukan akibat alkohol.
7. Masalah cacingJus daun peria juga dikatakan mampu diambil untuk mengeluarkan cacing dalam perut.Perlu diingatkan, walaupun peria mempunyai banyak kegunaannya namun begitu perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakannya terutama bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: Terima melalui email dari rakan.
Kredit Foto: Google
Pautan berkaitan AGROVILLE

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List