1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, August 03, 2011

Awas Bahan Dari Khinzir

Saya menerima maklumat ini melalui TipSihat.


Berikut Infonya.........
Info penting yang diterima pihak kami sejak beberapa hari lalu.. Ianya untuk maklumkan semua... Ianya penting kepada kita semua sebagai umat Islam...

Ianya berkaitan... penggunaan sumber binatang (khinzir) bukan sahaja di dalam makanan tetapi ianya juga terdapat di dalam ubat-ubatan...

Ini perkara penting, sila baca email ini dengan teliti dan maklumkan juga kepada keluarga dan kenalan anda...

Tahukah kita caranya bagaimana untuk mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir?

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Masalahnya... Tahukah kita dengan istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan khinzir atau babi jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada dalam bentuk daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.

Contohnya boleh lihat disini:

[1]Pork : Istilah yang digunakan untuk  daging babi di dalam masakan.

[2]Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

[3]Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, beratnya adalah kurang daripada 50kg.

[4]Hog : Istilah untuk babi dewasa, beratnya melebihi 50kg. 

[5]Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

[6]Boar : Babi liar.

[7]Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

[8]Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai lagi istilah yang digunakan dalam bidang perubatan.

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis:

"This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi"! atau label yang menyatakan:  "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Jika anda perlukan lebih lagi informasi lanjut berkaitan perkara yang amat penting ini, pihak TipSihat mencadangkan anda memiliki panduan ini.

Semoga ianya memberikan lebih pendedahan kepada anda kerana masih ramai lagi yang terkeliru. Mungkin tanpa
sedar keluarga kita sendiri sedang menggunakan ubatan dari sumber babi ini...

Harap informasi diatas dapat membantu anda.

Terima Kasih

TipSihat
 ps: Awas...Kajian terkini mendapati hampir 100 jenis ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit mengandungi bahan HARAM - Khinzir!

---> http://www.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=xzGp&mc=BF&s=hy5zC&y=C&

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List