1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, August 02, 2011

Ujian Hari Pertama Ramadhan

Biasanya hari pertama adalah hari yang agak mencabar. Maklumlah mengubah dari rutin biasa ke sesuatu yang luar dari biasa. Dari boleh bangun dan bersarapan tetapi hari ini bangun tak boleh makan. Tetapi mereka yang beriman tidak merasakannya sesuatu yang luar biasa cuma kadang-kadang terlupa. 

Nasib baik hari ini sekolah anak cuti kerana ganti pada satu hari Sabtu yang lalu itu. Jadi lepas sembahyang Suboh boleh sambung dan (hambik ko) bangun lewat. 

Sebelah tengahari bawa kereta pergi bengkel. Dah lama dah power stering tu bocor. Dah mula bunyi pun. Dah kena dok tambah minyak dua tiga hari sekali. Mana larat nak dok tambah, so hari ni bawa pergi bengkel. Lepas mekanik check, dia cakap rack sudah bocor dan kena tukar. Mahu tak mahu kena juga daripada jadi sesuatu di masa hadapan kerana ia boleh melibatkan nyawa. Mekanik cakap siap pasang kena RM650. Memang aku dah agak dah akan kena beberapa ratus. Sebab ni kena tukar sebatang. Lagi pun sejak pakai kereta tu pada tahun 1997 lalu, tak pernah lagi rosak. Entah-entah sejak kereta itu dibeli oleh pemilik pertama pada tahun 1991belum ditukar. Jadi 20 tahun pakai berbaloilah kalau kena tukar pun.  

Lepas tukar kena bawa pergi kedai tayar pula sebab kena buat alignment semula. Masa siap pun dah nampak sebelah tayar ak betul kedudukannya. Satu straight satu lagi senget ke dalam. Masa baa pun rasa macam terpele'ot dah bila koner. Nasib kedai tayar dekat. Seberang jalan saja. 

Jadi hari pertama Ramadhan dah keluar RM 702 untuk kereta. Itulah ujian dari Allah. Kena redha sebab rezeki itu datang dari Dia. Tu maknanya Dia tarik balik rezeki yang di berikan. Sebagai orang Islam kena redha dengan dugaan seperti itu. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List