1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, November 27, 2011

Bengkel MAEDEC Yang Tidak Tercapai Objektifnya

Hari ini menghadiri satu bengkel perniagaan menggunakan laman web. Sememangnya tajuk cukup hebat. Bengkel Asas Membina Laman Web & Pemasaran Online Marketing Bersama Sosial Media (Facebook). Kalau anda membaca topik bengkel sudah pasti anda mengharapkan selepas selesai bengkel, anda akan sekurang-kurang boleh membina sebuah laman web asas untuk menghebahkan perniagaan. Apa lagi peserta diminta membawa laptop. Sudah semestinya bukan, kerana menjelajah laman web memerlukan komputer. Kos menghadiri kursus ialah RM100 tetapi bagi ahli MAEDEC boleh menggunakan baucer diskaun RM50.00. Jadi peserta hanya perlu membayar RM50.00 sahaja. 

Peserta sudah bersedia dengan laptop, terpasang siap akses broadband lagi. Ada juga terpaksa menambah topup  kerana di rumah menggunakan akses internet talian. 

Setelah "Bengkel" bermula aku pun tertunggu-tunggu bila masanya akan mula sesi praktikal. Penceramah terus memberikan penerangan dan mempromosikan produk syarikatnya kepada peserta. Sehingga tamat sesi, tidak adapun apa-apa bengkel dilaksanakan. Ia lebih kepada mempromosikan produk. Walaupun produknya baik dan mempunyai pasaran yang luas, tetapi ia sudah tersasar jauh dari objektif sebenar. Peserta yang hadir mengharapkan mendapat maklumat secara praktis berkenaan tajuk. Pada hemat aku, jika penerangan untuk mempromosikan produk, MAEDEC tidak sepatutnya mengenakan apa-apa bayaran kepada ahli kerana syarikat yang memberi penerangan ingin memasarkan produk serta membuat jualan dan tidak memberikan apa-apa input untuk mencapai objektif Bengkel. Jadi syarikat tersebut akan mendapat sales dua kali. Sekali untuk penerangan dan sekali lagi apabila peserta menyertai Bengkel yang mereka anjurkan. 
  
Hari sebelumnya juga menghadiri satu lagi Bengkel Asas Pemasaran Perniagaan. Dengan harapan akan akan mendapat tips-tips untuk membantu memasarkan produk perniagaan. Aku pun rasa peserta lain sama juga, iaitu hendak mendapat maklumat tentang bagaimana hendak memasarkan produk perniagaan masing-masing. 

Bengkel ini adalah percuma. Bengkel dilaksanakan oleh seorang trainer dan apa yang peserta perolehi ialah kempen untuk menjadi ahli ads4bucks. Jelas ianya juga tersasar daripada matlamat kehadiran peserta. 

Walaupun penerangan bahawa ads4bucks bukan MLM, tetapi pada asasnya lebih kurang perlu ada downline. Apa yang bezanya hanyalah downline sendiri setakat 3 orang sahaja. Downline itulah yang akan terus mengembangkan keahlian. Penerangan yang diberikan sememangnya dapat meransang peserta untuk menjadi ahli  dengan beberapa produk dalam pakej. Sebagai usahawan yang baru hendak berniaga di zaman ICT ini, memang produk dalam pakej menarik minat mereka. Aku juga tidak ketinggalan. Walaupun harga keahlian yang ditawarkan murah, tetapi maklum sahaja, bila murah tidaklah dapat semua item dalam pakej. Matlamat trainer itu ialah agar bakal ahli membeli pakej yang lebih mahal. Kaedah yang digunakan ialah "catch the greed for money". Beliau menuai sikap ketamakan manusia sebagai alat untuk meningkatkan pendapatannya. Sampel-sampel yang diberikan ialah mereka yang beberapa kerat yang sudah mencapai status jutawan. 

Cakap memang senang, contoh yang diberikan juga nampak mudah dan senang. Pendapatan satu hari boleh mencapai hingga empat angka. Namun realitinya adakah senang juga untuk seseorang itu melabur sehingga RM4200 hanya kerana tamak hendak menjadi kaya dengan cepat. Walaupun tidak menyebut sebagai skim cepat kaya, namum unsur-unsur itu tetap ada.  

Selepas "bengkel" yang dimaksudkan, saya merujuk kepada anak saya yang sudah beberapa lepas menjadi ahli ads4bucks dan dinasihatkan jangan. Jikalah apa yang disebutkan trainer itu mudah dicapai, anak saya juga sudah tentu menjana pendapatan 5 angka sekarang kerana sudah lama.

Saya berharap MAEDEC, berhati-hati dalam menganjurkan kursus untuk bakal usahawan yang sedang lapar untuk mendapat ilmu. Jika hanya untuk menerangkan atau mempromosikan produk, biarlah jelas, ia untuk promosi dan ahli tidak dikenakan bayaran. Jika bengkel, biarlah benar-benar bengkel dengan praktikalnya. Secara jujur saya hampa dan keciwa dengan kedua-dua "bengkel" yang saya hadiri itu kerana tidak ada apa-apa ilmu yang saya perolehi. Apa lagi terpaksa membayar RM50.00 hanya untuk mendengar penerangan yang saya boleh perolehi melalui internet secara percuma.   

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List