1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, November 10, 2011

HAYATI KEHEBATAN ALLAH PENCIPTA ALAM INI

Saya menerima bahan ini melalui email dari seorang rakan dan setelah membaca serta melihat gambarnya terdetik di hati untuk berkongsi dengan pembaca blog saya. Niat saya ialah hendak mengajak anda semua menghayati kehebatan Allah pencipta alam semesta ini dan Dia yang menguasai segala yang ada di bumi dan di langit.

The Mariana Trench  terletak di Lautan Pasifik, hanya di Timur 14 Kepulauan Mariana (11″21′ Utara latitud dan 142″ 12′ Timur longitud ) berhampiran Japun. Kita umum mengetahui bahawa ianya merupakan bahagian lautan yang paling dalam sekali dan juga lokasi yang paling dalam pada bumi kita.

ATT00001

Fact -The Mariana Trench mempunyai kedalaman 11,033 meter (36,201 kaki), dan sedalam (6033.5) fathom. Tekanan pada bahagian yang paling dalam Mariana Trench ini ialah lebih daripada 8 tan setiap inci persegi. Mariana Trench ini  sepanjang 2, 542 km (1,580 batu) dan 69 km (43 batu) lebar.

Di dalamnya terdapat makhluk-makhluk yang tidak dapat kita lihat di kawasan lautan dalam.

ATT00002ATT00003ATT00004ATT00005ATT00006ATT00007ATT00008ATT00009ATT00010ATT00011ATT00012ATT00013ATT00014ATT00015ATT00016Saya berkongsi maklumat ini semata-mata hendak membawa pembaca semua untuk menghayati akan kekuasaan Allah yang mencipta makhlukNya dalam berbagai bentuk dan rupa dan boleh menghuni di tempat yang tidak boleh dihuni oleh makhluk lain. Renung-renungkanlah kehebatan Allah SWT pemilik segala makhluk di muka bumi ini dan di langit. ALLAHU AKBAR!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List