1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, March 25, 2012

Beli Buku di Kinokuniya Setelah Hampa Pameran Petronas F1

Hari ini pergi ke KLCC tujuan nak lawat pameran F1. Ingatkan pameran itu hebat dan menarik tetapi  nampaknya hany  indah khabar dari rupa. Cuma sebuah kereta F1 Mercedes Petronas dan sebuah mewah Mercedes sahaja dipamerkan. Terdapat juga jualan baju T dan cenderamata Petronas dan Mercedes. Itu sahaja. Nasib baik aku hanya datang dari kawasan Kuala Lumpur Sahaja. Kalau dari jauh sure menyumpah juga. Kereta ini sahaja yang dipamerkan untuk orang ramai tonton sambil ambil gambar kenangan. Yang sebiji lagi tu Mercedes 
Jika dilihat pada suasana, ia tidak pun menimbulkan apa-apa excitment terhadap perumbaan F1 yang akan diadakan di Sepang tidak lama lagi. Nampak macam pameran biasa sahaja. 

Selepas itu terasa nak masuk ke Kinokuniya di tingkat empat. Bukan apa nak timbulkan minat membaca kepada anak yang turut serta. Kedai buku ini adalah antara gedung buku terbesar di negara ini yang terletak di tingkat 4 KLCC. 

Di Kinokuniya pada mulanya hanya nak masuk tinjau-tinjau saja buku-buku yang ada tetapi akhirnya beli juga tiga buah buku berikut:
 Buku The Everything Guide to Social Media di atas berharga RM 58.90
 Mudahnya Wordpress, iaitu panduan menulis blog menggunakan platform Wordpress berharga RM 12.00
Plain and Simple Powerpoint berharga RM82.45. 

Aku membeli buku cara-cara membuat slide menggunakan Powerpoint itu setelah mempertimbangkan sama ada untuk mengikuti kursus berkenaan yang diiklankan melalui satu plan diskaun dalam internet. Kursus intermediate itu bernilai RM99.00 untuk sehari suntuk dan menggunakan platform Powerpoint 2007. Jadi setelah membuat pertimbangan aku rasakan membeli buku itu lebih berbaloi kerana pertama pertama ia menggunakan platform Powerpoint 2010 dan aku boleh guna buku itu sebagai rujukan di masa hadapan. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List