1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, April 02, 2012

Pengalaman Dengan Alarm Blackberry

Pada sebelah malamnya aku sememangnya sudah set alarm kat BB untuk bunyi pada jam 5.15 pagi kerana hendak bertolak ke Subang Skyway jam 6.00 pagi. Aku ada penerbangan untuk ke Johor Bharu pagi itu. Masa boarding 6.50 pagi dan masa penerbangan jam 7.25 pagi.

Sebelah paginya aku terjaga sendiri. Relaks saja sebab alarm belum bunyi. Lagi pun tak dengar lagi suara azan subuh. Apa tidaknya azan subuh pasti lambat lagi. Macam biasa minum air sejuk segelas selepas bacakan selawat tiga kali. Terdetak di hati untuk melihat jam. Alamak!!! sudah jam 6.25 minit pagi. Lewat!!!!! Sudah Lewat!!!!!

Terus sahaja aku bergegas mandi kerbau pagi itu. Bersiap dan kejutkan anak untuk hantar ke Subang. Dalam kepala sudah terbayang aku akan terlepas penerbangan. Masa yang ada tidak sampai setengah jam pun lagi untuk check-in. Sudah pasti rakan-rakan yang akan sama-sama ke Johor Bharu sudah pun berada di sana. Macam-macam bermain di kepalaku. Bagaimana kalau tersilap jalan ke Subang. Bagiamana jika jalan raya sesak. Bagaimana jika kereta menimbulkan masalah.

Tiket utuk ke JB itu disponsor oleh syarikat yang menjemput aku untuk buat review LEGOLAND Malaysia yang akan dibuka kepada pengunjung pada hujung tahun 2012. Aku salah seorang blogger yang dikenalpasti untuk lawatan tapak itu.

Bergegas. Kalut. Terburu-buru. Anak aku bawa kereta. Terasa kereta bergerak begitu lambat sekali. Aku mengucap panjang. Allah.....Allah..... Dalam fikiran terbayangkan akan terlepas penerbangan. Jika terlepas bererti aku  tidak akan ke JB hari itu dan peluang untuk buat review juga terlepas. Aku akan dicap sebagai tidak menunaikan janji.

Nabis baik jalan tidak begitu sesak. Lancar sahaja dari rumah ke Lebuhraya Persekutuan. Lebuhraya Persekutuan juga lancar walaupun kenderaan banyak. Takut juga hendak melihat jam tetapi apabila tiba di hadapan Angkasapuri, jam menunjukkan 6.43 minit pagi. Ada masa lebih kurang 15 minit sahaja sebelum boarding. Aduh!!!!!......

Bila tiba berhampiran Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz, htiku semakin lega kerana belum lagi jam 7.00 pagi. Hati aku lebih lega apabila nampak bangunan Skypark. Syukur Alhamdulillah, aku tiba di Skypark jam 6.57 minit pagi. Nasib sudah checkin dan tidak ada apa-apa baggage untuk dicheck-in. Aku terus sahaja masuk ke balai perlepasan dan ketiga-tiga rakan yang akan sama-sama be Johor Bharu sudah ada di dalam. Huh!!!, aku menarik nafas lega dan bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan aku rezeki untuk ke JB.

Rupa-rupanya semasa aku set BB, aku tidak tukar mode alarm kepada weekend. Jadi pada weekend, alarm tidak akan bunyi walaupyn alarm set pada ON. Satu pengalaman................    

Oleh kerana kelewatan itu inilah sahaja breakfast aku dalam penerbangan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List