1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, August 15, 2012

Harga Air RO Naik

Diam-diam harga air RO kat vending machine dah naik. Kalau sekali sekalai kita beli air RO kat mesin tu memang tak sedar.

Tarif air tidak pun dinaikkan walaupun Syabas sedang mensabotaj penduduk di Lembah Kelang kerana politik kroni.

Selalunya beli air RO ni dengan harga RM1.00 untuk satu botol  9.650 liter penuh sampai melimpah. Tetapi akhir-akhir ni untuk isi penuh satu botol dah kena RM1.10. Walaupun tidak ada kenaikan tarif air tetapi syarikat pengendali mesin itu telah programkan mesinnya untuk mengubah harga air. Memanglah pengguna tidak sedar kerana tidak ada apa-apa perubahan kepada senarai harga pada mesin.

Berdasarkan harga di atas bermakna harga air RO untuk botol 9.650 liter tentunya tidak sampai RM1.00 tetapi kini dijual pada RM 1.10. 
 Vending machine ini diletakkan berhampiran 7 Eleven Jalan 1/149J Seri Petaling. 




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List