1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, August 19, 2012

Monorail Terkandas Lagi

Hari ini monorail KL tergendala lagi apabila ia berhenti di antara stesen Imbi dan Bukit Bintang selama lebih kurang satu jam dan memerangkap 200 orang penumpang. Mengikut laporan ia berlaku pada jam 8.35 pagi. 

Pada Sabtu 11 Ogos lepas kejadian sama juga berlaku di mana 183 orang penumpang terperangkap dan diselamatkan. Berbeza dengan kejadian kali pertama kali ini tidak ada penumpang yang mengalami kecederaan. 

Walaupun ianya dianggap kejadian yang isolated tetapi secara tidak langsung ia boleh menjejaskan imej pengangkutan awam kita. 

Sekarang dah rasa bimbang pula untuk naik monorail, tetapi mungkin tidak ada pilihan. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List