1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, August 21, 2012

Mengerat Silatul Rahim Di Aidil Fitri

Hari ini hadir dalam dua majlis yang bertujuan mengeratkan tali silatulrahim. Pertama di majlis perhimpunan Keluarga Tok Nai Din yang merupakan aktiviti tahunan setiap hari kedua Aidil Fitri.

Majlis kedua ialah Majlis Jamuan mesra Aidil Fitri bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar anjuran SAHOCA. Dah beberapa tahun hadir baharu kali ini dapat jumpa dengan dua orang rakan Class of '71. Kadang-kadang tertanya-tanya juga ke manakah mereka yang segenerasi dengan aku. Majoriti yang hadir merupakan junior. 

Datuk Boonlert Somchit, adalah guru Physical Education ku semasa belajar di KSAH. Dia mengisahkan pengalaman dirinya dari mula bersekolah sehingga bersara dan dia masih nampak sihat dan maintain seperti dulu. Ini satu keistemewaan orang sukan. 

Perjalanan hidup Datuk Boonlert hampir sama dengan aku. Beliau menjadi guru dan kemudian bertukar ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan bersara di situ. Aku pun mula menjadi guru dan kemudian bertukar ke Majlis Sukan Negara yang juga merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan hingga bersara.

Apa yang menarik di dalam pengkisahan beliau ialah "saudara-saudara yang hadir untuk majlis ini adalah yang sayang pada Kolej ini sebab itu datang walau pun tidak ada jempuran resmi" 



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List