Baru-baru ni ada beli sebuah basikal MTB secara online.
Beli pun sebab ada offer melalui Groupon. Harga sebenar RM860. Melalui Groupon bayar RM560. Penghantaran percuma ke rumah. dok rancang nak beli MTB ni. Dulu beli sebuah di Carrefour untuk anak. Tapi anak naik dua tiga kali dia punya pedal dia sudah rosak. BACA SINI. Lepas tu basikal tu terus tersadai hingga tayar pun dah merekah dan rosak. Now bila dah ada basikal ke dua, bolehlah bawa pi kedai untuk di baiki.
Dah lama juga teringin nak beli basikal untuk diri sendiri, tetapi meadaan kewangan tidak mengizinkan. Sekali basikal sampai tengok banyak pula logo 1Malaysia kat badan basikal. Rupanya model tu model 1Malaysia. So aku kena cari stickerlah untuk tutup itu semua logo 1Malaysia.
Pagi tadi mula lah kayuh pi kedai. Tak jauh mana pun. Mula naik tu melelong jugalah. Macam baru nak belajar naik basikal pula.
Kedai tak jauh mana pun. Lebih kurang 1 km je pergi dan balik. Ambik satu round je Taman LTAT ni. Sampai rumah aduiiii, lembut lutut. Baru kayuh 1 km dah lembut lutut. Tu tandanya aku tak fit.
Memang dah lama juga aku ni sedentary. Sekarang nak kena mula balik bersenam. Sejak bersara, asyik dok rumah dan kurang aktiviti yang melibatkan pergerakan.
Bagi mereka yang berusia macam aku ni berbasikal adalah satu bentuk senaman yang baik sebab ia tidak melibatkan hentakan kuat pergelangan kaki pada permukaan jalan atau tempat larian.
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
-
Assalamualaikum as much i wanted to write; i kept on deleting the contents.
Bonda tercinta saya or known as Mak Ajah telah pulang ke rahmatullah pada
har...
5 years ago
No comments:
Post a Comment