1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, August 10, 2012

Wanita Pertama Malaysia

Berita baik selepas bersahur pagi ini ialah melihat kejayaan gadis Sarawak Pandalela Rinong memenangi pingat Gangsa di Olimpik London 2012.

Tahniah Pandalela kerana menjadi wanita pertama negara memenangi pingat di Olimpik. Beliau juga mencipta beberapa rekod untuk diri sendiri yang mungkin sukar untuk dipecahkan oleh atlet lain negara.
Wanita pertama menjadi pembawa Jalur gemilang di sukan terbesar dunia -Olimpik
Atlet pertama/wanita pertama memecahkan tradisi pemenang pingat di Olimpik. Selama ini hanya datang dari badminton.

Pastinya nama beliau akan tercatat dalam buku rekod Guiness Malaysia malah Guiness Book of World Record pun untuk kategori Malaysia.

TAHNIAH PANDALELA RINONG. 
Satu lagi hadiah untuk Hari Kebangsaan / Hari Malaysia ke 55
Senegara, Sebangsa, Sejiwa

Selepas Dato' Lee Chong Wei, Pandalela akan disambut sebagai wirawati negara sekembalinya ke tanahair tidak lama lagi.

6 comments:

SM said...

diharap pandalela tak menjadi sandaran pingat sampai umur dia 50 tahun.

cikgu said...

setiap manusia ada limitasi kemampuan dalam sukan sukan prestasi tinggi. biasanya bila mencecah usia 30 tahun, ramai atlet kita akan bersara.

SM said...

tapi cikgu, fenomena kat sini lain macam sikit. selagi ada tenaga, selagi tu la kena perah. kesian pulak.

cikgu said...

Betul, tapi berapa ramai atlet kita yang memilih untuk bersara apabila merasakan dirinya tidak mampu. Dato' LCW pun belum tentu akan bertanding di Olimpik Rio2016 kerana sudah mempunyai hasrat untuk bersara selepas 2 tahun lagi.

SM said...

tak ramai, mungkin sebab mereka tak nampak pelapis yang betul2 boleh diharap.

cikgu said...

Ujudnya pasukan Pelapis kita masih dianggap baru kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 8 tahun untuk menjadi juara di peringkat antarabangsa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List