1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, October 25, 2012

Lambat Lah Pula Nak Sampai Dek AES

Dok tunggu nak balik kampung ni. Dok follow twitter PLUS, LLM adn juga Facebook. Nampak macam tak begitu informatif pula.

Hujan lebat dan masih turun pasti membuatkan jalan lagi jam kerana kenderaan tentunya bergerak lambat. Apa lagi dengan adanya AES.

Dulu average travel time dari KL ke Alor Setar 8 jam kali tentu lebih lama lagi. Sebab dok perembang tengok kot kota ada TOYOL. Kalau kena kopak juga RM300. Harapkan BR1M tinggal RM200 je. Tu kalau kena pau satu kali. Kalau dua kali Toyol pau, kena tambah lagi RM100.

Semakin lama semakin menyusahkan rakyat pula. macam ni.

Tadi dok sembang dengan kawan-kawan. Kemalangan jalan raya bukan kerana kelajuan sangat tetapi sikap pemandu yang memandu macam orang mabuk. Potong Q, menyelit kiri kanan dan tak sabar nak pi dulu. Macam dia saja yang nak sampai ke tempat tujuan. Pemandu macam nilah yang selalu menyebabkan kemalangan dan yang jadi mangsa ialah yang memandu mengikut peraturan.

Dulu pun kajian dah tunjuk kelajuan bukan sebab utama kemalangan. Tapi apa boleh buat, dah pihak berkuasa nak sangat dapat duit mudah dari rakyat, pasang je AES yang negara lain dah tak pakai lagi.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List