1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, October 08, 2012

Servis Bas Ekspress Mana Yang Teruk?

Jam 3.15 dah terbangun dan mendahului loceng jam. Bukan apa nak ke Puduraya untuk ambik anak yang balik dari Alor Setar. 

Dia bertolak bas jam 10.30 malam dari Alor Setar so mengikut calculation biasa jam paling lewat jam 4.30 akan sampai Kuala Lumpur. Tu andaian perjalanan waktu siang. Kalau malam tentu lagi cepat sebab bas ekspress ni walaupun kelajuan maksima yang dibenarkan ialah 90Kmj tetapi dia orang pandu sampai 120 Kmj (kadang-kadang lebih). 

Sampai menara Maybank jam 4.00 pagi. Kenderaan tak banyak bolehlah parking dulu kat tepi jalan dan tunggu call dari anak. Tunggu punya tunggu hampir jam 6.00 pagi baru bas tu tiba. Amboi lewatnya. Masa dok tunggu tu dengar Azan suboh dah. 

Rupanya bila tanya dia naik bas Shamisha. Aku senyum sendirian. Patutlah. Perkhidmatan bas itu tidak reliable langsung. Ramai orang dah komplen pasal servis yang teruk. Dulu masa bas ekspress beroperasi di Hentian Sementara di Bukit Jalil, ada kawan aku dah komplen kat LPKP pasal bas tidak mengikut jadual perjalanan. Mengikut jawapan dari LPKP, syarikat itu diminta menunjuk sebab tetapi tak pasti sejauh mana tindakan diambil. Dalam foursquare pun ada juga orang komplen pasal bas Shamisha tu. ramai yang cadangkan jangan ambik bas tu kerana perkhidmatan yang tidak reliable. 

Bagi aku selepas mendapat feedback dari kawan tu, Shamisha sudah tidak ada dalam list bas yang akan aku naik kecuali jika dalam route hanya itu sahaja bas yang ada. 

Bukan nak kempen supaya syarikat tu rugi tetapi pihak syarikat kena perbaiki perkhidmatan mereka. Nama bas dah cantik. Bas yang disediakan pun cantik-cantik (tak pasti di dalam macam mana). oleh itu perkhidmatan juga hendaklah secantik namanya. jika penumpang tidak mahu pilih Shamisha, maka itu adalah salah syarikat sendiri kerana penumpang membayar untuk dapatkan perkhidmatan dan mereka mengharapkan perkhidmatan yang sepadan dengan wang yang dikeluarkan. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List