1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, July 31, 2013

Majlis Iftar eQurban Bersama Rakan Niaga dan Blogger/Media


Tahun ini sekali pagi berpeluang hadir di Majlis Iftar bersama eQurban di Warisan Kaseh, Darul Maghfiroh
di Sungai Kelambu, Banting, Selangor. Terima kasih denaihati network kerana memberi kesempatan untuk meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan warga emas di majlis yang murni tersebut. Hadir bersama blogger-blogger dan media untuk membuat liputan majlis tersebut.


Majlis tersebut turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, pelajar Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi disamping warga emas yang menghuni Warisan Kaseh.

Majlis diresmikan oleh Tn Hj. Mohammad Sahar bin Mat Din, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia yang mewakili Tan Sri Hj Mohamad Ali yang tidak dapat hadir kerana urusan lain. Tema majlis tahun ini ialah IQRAM - Menyelusuri Jejak Keinsafan.

Makan? Pastinya itulah yang ditunggu-tunggu. Istemewa kali ini ialah Cendok Bakar Dengkil (Kuala Selangor). Dah lama dengar pasal cendol bakar ni. Mula dulu hairan juga (macam hairan pada ais krim goreng) tetapi last-last dapat jawapan yang tuanpunya gerai ceondol itu nama Bakar. Tapi di sini ada info lain tentang Cendol Bakar iaitu gulanya yang dibakar sebelum disira pada cendol. Apa pun, memang enak. 
Kredit Gambar anarm.net

Ada juga pelancara album CD oleh Kumpulan DAMAI bertajuk Cahaya yang mengandungi 9 lagu-lagu Nasyid. Ambul ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90. Pasti yang ori tau....... Saya boleh cakap sebab dapat free satu (ori punya).

Turut serta mempromosi melalui pameran ialah Kumpulan Aqsa Sharif, sebuah lagi NGO yang berusaha membantu rakyat Palestin yang ditindak oleh Isreal Laknatullah.

eQurban juga melancarkan laman web  baru mereka yang diberinama eQos. eQurban adalah merupakan sebuah NGO yang aktif dengan program meningkatkan taraf hidup umat Islam dan kini sedang giat membangunkan umat Islam di Cambodia melalui beberapa program ekonomi dan pendidikan Islam. Falsafah aktiviti eQurban di Cambodia ialah memberikan cara menangkap ikan dan bukannya memberikan ikan untuk dimakan.

Tn Hj Muhamad Khanafi Husin semasa bertemu media memberitahu bahawa cabaran terbesar mereka di Cambodia ialah untuk mengubah persepsi hidup ke arah yang lebih positif. Selama ini mereka dimanjakan dengan disuap dan hanya menerima tetapi eQurban tanpa berputus asa cuba mengubahnya.

Antara program besar eQurban ialah Qurban dan Aqiqah di Kemboja yang boleh diturut serta oleh rakyat negara ini melalui infak kepada eQurban. Semasa posting ini ditulis kos untuk berkorban memalui eQurban ini ialah RM550 untuk seekor kambing, RM250 untuk sebahagian lembu dan RM1,750 bagi seekor lembu. Dapatkan maklumat lanjut dengan klik pada link BERKORBAN UNTUK ALLAH di side bar blog ini.

Mengikut Hj Khanafi lagi, terma bantuan mereka untuk masyarakat Islam Cambodia ialah tiga tahun dan diperbaharui jika mereka masih memerlukan bantuan. Kini sudah masuk tahun keempat eQurban berusaha membangunkan ekonomi umat Islam Cambodia, atau masuk term kedua. Bagi eQurban, mereka tidak mahu selama-lamanya umat Islam Cambodia bergantung kepada NGO dan perlulah berdikiri setelah mendapat ilmu sewajarnya. Untuk itu Koperasi Muslim Cambodia menghantar individu-individu untuk mendapat latihan pengurusan di Malaysia juga atas usaha eQurban. 

Semoga usaha tanpa jemu dan penat lelah eQurban ini mendapat berkat dan ganjaran sewajarnya dari Allah SWT.

Terima kasih juga pada Damai dan Muaz yang telah memberikan kami cenderahati berupa CD Nasyid mereka.



1 comment:

Unknown said...

alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List