Tahun ini sekali pagi berpeluang hadir di Majlis Iftar bersama eQurban di Warisan Kaseh, Darul Maghfiroh
di Sungai Kelambu, Banting, Selangor. Terima kasih denaihati network kerana memberi kesempatan untuk meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan warga emas di majlis yang murni tersebut. Hadir bersama blogger-blogger dan media untuk membuat liputan majlis tersebut.
Majlis tersebut turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, pelajar Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi disamping warga emas yang menghuni Warisan Kaseh.
Majlis diresmikan oleh Tn Hj. Mohammad Sahar bin Mat Din, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia yang mewakili Tan Sri Hj Mohamad Ali yang tidak dapat hadir kerana urusan lain. Tema majlis tahun ini ialah IQRAM - Menyelusuri Jejak Keinsafan.
Makan? Pastinya itulah yang ditunggu-tunggu. Istemewa kali ini ialah Cendok Bakar Dengkil (Kuala Selangor). Dah lama dengar pasal cendol bakar ni. Mula dulu hairan juga (macam hairan pada ais krim goreng) tetapi last-last dapat jawapan yang tuanpunya gerai ceondol itu nama Bakar. Tapi di sini ada info lain tentang Cendol Bakar iaitu gulanya yang dibakar sebelum disira pada cendol. Apa pun, memang enak.
Kredit Gambar anarm.net
Turut serta mempromosi melalui pameran ialah Kumpulan Aqsa Sharif, sebuah lagi NGO yang berusaha membantu rakyat Palestin yang ditindak oleh Isreal Laknatullah.
eQurban juga melancarkan laman web baru mereka yang diberinama eQos. eQurban adalah merupakan sebuah NGO yang aktif dengan program meningkatkan taraf hidup umat Islam dan kini sedang giat membangunkan umat Islam di Cambodia melalui beberapa program ekonomi dan pendidikan Islam. Falsafah aktiviti eQurban di Cambodia ialah memberikan cara menangkap ikan dan bukannya memberikan ikan untuk dimakan.
Tn Hj Muhamad Khanafi Husin semasa bertemu media memberitahu bahawa cabaran terbesar mereka di Cambodia ialah untuk mengubah persepsi hidup ke arah yang lebih positif. Selama ini mereka dimanjakan dengan disuap dan hanya menerima tetapi eQurban tanpa berputus asa cuba mengubahnya.
Antara program besar eQurban ialah Qurban dan Aqiqah di Kemboja yang boleh diturut serta oleh rakyat negara ini melalui infak kepada eQurban. Semasa posting ini ditulis kos untuk berkorban memalui eQurban ini ialah RM550 untuk seekor kambing, RM250 untuk sebahagian lembu dan RM1,750 bagi seekor lembu. Dapatkan maklumat lanjut dengan klik pada link BERKORBAN UNTUK ALLAH di side bar blog ini.
Mengikut Hj Khanafi lagi, terma bantuan mereka untuk masyarakat Islam Cambodia ialah tiga tahun dan diperbaharui jika mereka masih memerlukan bantuan. Kini sudah masuk tahun keempat eQurban berusaha membangunkan ekonomi umat Islam Cambodia, atau masuk term kedua. Bagi eQurban, mereka tidak mahu selama-lamanya umat Islam Cambodia bergantung kepada NGO dan perlulah berdikiri setelah mendapat ilmu sewajarnya. Untuk itu Koperasi Muslim Cambodia menghantar individu-individu untuk mendapat latihan pengurusan di Malaysia juga atas usaha eQurban.
Terima kasih juga pada Damai dan Muaz yang telah memberikan kami cenderahati berupa CD Nasyid mereka.
1 comment:
alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar
Post a Comment