Dah lebih tiga tahun juga aku tak main paintball ni. Rasanya last main tahun 2010 dalam Liga Paintball Kebangsaan My NPL di Dataran Pahlawan Melaka. Main pun D4 je.
Aku pun dah dok kira-kira nak advertise nak jual semua gear yang aku beli tu. Dapat juga sikit duit daripada benda tu dok menjadi buruk dalam luggage beg.
Bila baca posting broframestone di Facebook nak ajak bloggers main paintball di #Cyberjayapaintball Park. terus timbul keinginan nak main semula. Nostalgia tu. Tempat tu nak minta bloggers tolong promote kat cyberspace. Memanglah satu usaha terbaik di zaman Internet. Kira "word of mouth" cara modernlah gitu.
Atas dan Bawah: Gambar Panorama #Cyberjayapaintball Park
Main Free, siapa tak mau, kalau nak main macam biasa sekurang-kurangnya kopak juga minima RM 100 sekali turun main.
So, pagi tu bergeraklah ke Cyberjaya untuk bersama-sama blogger tuk main. Tak dapat bayaran pun tak kisah, boleh main free tu pun kira payment juga. Rezeki Allah datang dalam berbagai bentuk. Tu tak kira dapat makan Nasi Lemak dan kopi free lagi, hahaha......
Ada 11 orang bloggers yang hadir- termasukan Bro Framestone, Hafiz , Faizal Fredley, Ladfe, Fazrol, Ben Ashaari, Ammar, Azmi dan AyueJean, Anarm, Ada yang first time main paintball ni.
Masa dok ambik Nasi Lemak, Broframestone tanya aku, "Abang nak main pakai seluar ni ke?" Sememangnya pagi tu aku just pakai seluar slack dan baju T je. "Tak, ada full gear kat dalam kereta." Jawabku.
Selesai sarapan, pergi salin pakai paintball gear. Changing room di VIP Clubhouse tidak jauh dari situ bersih dan selesa. Lengkap dengan shower dan boleh mandi selepas selesai main. Cuma dari segi etika kenalah bersihkan diri dulu sebelum masuk, khusus kasut yang "belemuih" (haha....guna Bahasa Utagha sikit no).
#Cyberjayapaintball Park terletak dalam kawasan Pusat Komuniti Cyberjaya di Taman Tasek Cyberjaya. sebagai memudahkan mencari, landmarknya betul-betul di hadapan Multimedia University, Cyberjaya.
Sebelah menyebelah #Cyberjayapaintball ialah gelanggang tenis dan driving range.
Peminat paintball yang datang tidak ada masalah untuk parking kerana ruang letak kereta yang banyak.
Semasa sampai pagi Ahad itu, rakan-rakan lain sudah ada dan menunggu. Ada lagi yang belum sampai. Ingatkan aku yang lewat.
Keselamatan adalah agenda utama dalam semua jenis aktiviti sukan. Kepada pemain yang baru hendak mengenali apa itu paintball, sememangnya perlu diberikan taklimat tentang peralatan keselamatan dan langkah-langkah keselamatan sebelum bermain.
Taklimat Keselamatan Perlu Bagi Pemain Baru
Atas: Team Yang Memang
Atas : Team Yang Tak Kalah
Pihak penganjur telah menyediakan peralatan keselamatan lain seperti vest untuk melindungi bahagian badan, selain face mask dan mechanical marker Tippman.
Jom! main..........
#Cyberjayapaintball mempunyai satu kelebihan berbanding lain-lain venue paintball dari segi ia memilikki ketiga-tiga scenario permainan. Majoriti pengendali tempat permainan paintball hanya menyediakan field untuk speedball tetapi di #Cyberjayapaintball Park ada juga field untuk Urban Assault dan tiga field untuk Recball. Kira one-stop centre lah.
Satu perkara yang aku nampak di padang speedball, ia tidak begitu becak walaupun selepas hujan berbanding dua field yang pernah aku main di tempat lain. Kalau tidak bila main dalam musim hujan pasti macam kerbau berkubang.
Buat pertama kali aku merasakan main di field Urban Assault. Sebelum ini hanya main speedball je. Pertama kali juga main aku tidak "mati". Bolehlah ko bully pemain kali pertama, Cer main D4, belum habis pellet dalam loader dah kena OUTTTTTTT!!!!!!!!!! oleh marshall.. Padan muka......
Sesiapa yang hendak cuba-cuba main bolehlah ke Cyberjayapaintball Park dan alamatnya ialah:
Cyberjaya Paintball Park,
@ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (berhadapan Universiti Multimedia),
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya, Selangor
Malaysia.
Mereka menyediakan beberapa pakej yang sesuai untuk semua tahap skill pemain dari serendah RM 40.00.
Ayuh! Uji sejauh mana kecekalan hati anda bila berada di tengah-tengah medan perang. Jika berasa takut di field paintball, berkali-kali gentarnya apa yang dihadapi oleh pasukan keselamatan kita ketika mempertahankan negara di medan peperangan.
No comments:
Post a Comment