1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, September 13, 2013

Pandu Kereta mahal, Otak Macam Selut Je.......

Memang rasa cukup malas nak keluar awal-awal pagi kerana kesesakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bomba Bukit Jalil. Jarak tak sampai 100 meter pun kadang-kadang 20 minit belum tentu dapat lepas lampu untuk ke Lebuhraja Bukit Jalil ke arah Kuala Lumpur. 

Apa boleh buat pagi tadi terpaksa hantar anak ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. Meruap darah bila ada pemandu yang rasa dia nak terberak sangat-sangat akan memotong Q. Dia tak fikir masalah orang lain yang patuh berbaris menunggu lampu hijau. Dia datang terus cilok masuk. Kadang-kadang tu masa dok tunggu nak potong Q itu, dia menghalang lorong sebelah. Ramai yang tidak ada adab ni memandu kereta besar pula. Macam pagi tadi bawa Toyota Fortuner tapi otak dia macam selut. 

2 comments:

Anonymous said...

simpang ni agak mencabar sebab naik bukit. lepas tu bukan waktu pagi je, tengahari pun selalu orang memotong kat sini...

Anonymous said...

Harap DBKL melakukan sesuatu untuk atasi masalah jam tu, tapi yang org potong Q tu. Persatuan Penduduk Puncak Jalil pun sdg berusaha mengatasi jam. Ni yang dok potong Q, kalau kena saya, mmg sy himpit je dia. Kereta buruk tsk kisah. Dia kereta baru.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List