1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, January 27, 2008

Himpunan bloggers

Pada awal Januari lalu aku ada menghadiri satu himpunan bloggers yang dianjurkan oleh All Malaysian Bloggers Project (AMBP). AMBP adalah merupakan satu projek oleh The Star yang menghimpun bloggers-bloggers melalu satu projek and aku secara tak langsung telah menjadi ahli hasil daripada diriku sebagai ahli Mystar. Perhatianku terhadap AMBP ialah selepas blog aku telah terpilih sebagai Top 20 yang telah disenaraikan untuk satu pertandingan sempena Visit Malaysia Year 2007 yang lalu. Aku tidak memenangi sebarang hadiah, tetapi berpuas hati kerana dari banyak blog, blog aku terpilih.

Himpunan blogger yang diberikan tajuk Coffee Therapy for Bloggers telah diadakan di Starbucks The Garden, Mid Valley. Himpunan tersebut diadakan pada 12 January 2008 yang lalu dan dihadiri oleh ramai bloggers muda dan bloggers remaja. Kira aku salah seorang daripada blogger yang dikira veteran di dalam himpunan tersebut. Seorang lagi blogger berbangsa China adalah lebih berusia dariku. Buat seketika terasa lost juga di kalangan anak-anak muda dan majoritinya berbangsa Cina.

Itu merupakan berjumpaan blogger kali kedua yang aku hadiri. Kali pertama ialah satu berjumpaan yang dianjurkan oleh seorang sahabat bloggerku dari Miri dan pada waktu itu aku berada di Miri untuk satu tugasan resmi.

Hari ini sewaktu melawati laman web sebuah syarikat pengiklanan online advertlets, aku terbaca tentang satu perjumppan bloggers Melayu anjuran syarikat tersebut. Waaaa.... mengapa aku tidak mengtahui tentang perjumpaan yang dinamakan sebagai Rumpun 07 itu.

Himpunan blogger merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja cara untuk menjalin persahabatan antara bloggers tetapi juga tempat untuk bertukar-tukar fikiran tentang dunia blogging.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List