1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, June 06, 2008

Harga Petrol Naik Lagi

Petang 4hb Jun merupakan hari yang mengejutkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Apa tidaknya pada petang itu PM mengumumkan bahawa petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen lagi yang akan berkuatkuasa tengah malam itu juga. Pengumuman ini menimbulkan suasana panik di kalangan pemilik kenderaan yang memyebabkan mereka menyerbu stesen-stesen minyak di seluruh negara untuk mengisinya sebelum harga dinaikkan.

Kenaikan sebanyak 78 sen adalah merupakan kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah kita dan itulah yang menimbulkan suasana panik. Walaupun dengan berbaris panjang di stesen-stesen minyak untuk mengisinya, pemandu hanya dapat keuntungan hanya beberapa puluh ringgit sahaja. Kerana selepas itu mereka terpaksa juga membeli dengan harga yang baru.

Kerajaan menyeru bahawa dengan kenaikan harga bahan bakar no satu dunia, harga barangan makanan tidak dinaikkan. Masuk akal ke? kenaikan apa jua barangan akan mencetuskan kesan domino. Kalau gula naik semua bahan makanan yang berasaskan gula pasti akan naik. Jika tepung naik semua makanan berasaskan tepung juga akan naik. Seruan jangan menaikkan harga barang hasil kenaikan bahan utama tidak akan dipatuhi kerana mana ada peniaga tidak mahu untung.

Selepas diumumkan kenaikan harga petrol, maka syarikat pengangkutan juga mengumumkan akan menaikkan kos pengangkutan. Apakah kos pengangkutan ini tidak akan menyebabkan penghantaran barang tidak naik? Apabila kos pengangkutan barang naik adakah harga barang tidak naik?

Sebagai gula-gula, kerajaan memberikan rebat berbentuk tunai kepada kenderaan di bawah 2000cc dan juga motosikal di bawah 250cc. Jumlah itu sebanarnya amat sedikit jika dibandingkan dengan beban yang akan ditanggung setiap hari.

Kemungkinan harga petrol akan dinaikkan lagi Ogos nanti amatlah besar. Ini kerana kerajaan tidak menunaikan janjinya. Pertama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad mengumumkan bahawa struktur subsidi minyak akan dibuat dan harga akan dinaikkan pada bulan Ogos. Kedua, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa adalah tidak benar harga petrol akan dinaikkan lebih daripada 40 sen satu liter. Jika diumumkan bahawa harga minyak akan dinaikkan bulan Ogos, tup-tup dah naik serta merta maka kemungkinan akan naik lagi adalah besar. Nampaknya kita akan terus dibohongi kerana kerajaan tahu bahawa kita hanya bising dua tiga minggu sahaja, lepas itu diamlah.


1 comment:

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List