1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, July 10, 2008

P Ramlee dan Bujang Lapoknya

Dah beberapa filem Bujang Lapok ditayangkan di Astro Prima dan inilah dikatakan filem lama yang tak jemu-jemu ditonton. Inilah keistimewaan filem-filem P. Ramlee. Walaupun di tonton berulang kali, masih tidak jemu. Bukan sahaja golongan yang dewasa yang hidup di zaman P. Ramlee masih hidup tetapi termasuklah kanak-kanak yang baru hidup di zaman selepas allahyarham.

Hari tu tengok Seniman Bujang Lapok, malam ni Pendekar Bujang Lapok pula. Sememangnya lawak P. Ramlee tidak membosankan dengan lakonan yang selamba dibintangi Allahyarham P. Ramlee, S. Samsudin dan Aziz Sattar.

Selepas kembalinya allahyarham ke rahmatullah pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun, sehingga hari ini masih belum ada penganti yang setanding dengan allahyarham. Inilah keistimewaan yang dianugerahkan kepada hambanya.

Sesungguhnya P. Ramlee adalah lagenda hiburan yang sukar dicari cantinya. Walau dikatakan patah tumbuh, hilang berganti, namun kehilangan llahyarham sukar diganti.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List