1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, August 23, 2008

Naik 70 Sen Turun 15 Sen

Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga bahan bakar iaitu petrol dan disel antara 2 hingga 15 sen se liter. Walaupun ianya satu berita baik, tetapi penurunan itu tidaklah memberikan kesan yang banyak kepada pengguna secara menyeluruh. Pastinya barga barangan lain tidak akan turun dengan penurunan harga minyak ini.

Pengumuman ini sebenarnya tidak dijangka tetapi kerana seperti biasalah, sekarang pilihanraya kecil Permatang Pauh dah dekat, jadi inilah masanya untuk mengula-gulakan rakyat khususnya pengundi Permatang Pauh. Mengapa saya mengatakan demikian? Bukankah kerajaan mengatakan akan mengumumkan sewaktu pembentangan belanjawan 2009?. Mungkin Permatang Pauh jauh dari capaian BN, maka sebab itulah mereka dalam proses membeli pengundi di sana. Ada laporan yang mengatakan penduduk diberikan want tunai antara RM 50 -RM 300 seorang. Lepas tu mesjid dan surau pula diberikan peruntukan pembangunan. Menagapa Permatang Pauh sahaja? Adakah mesjid dan surau di kawasan lain tidak memerlukan peruntukan? Kau pikirlah sendiri, Nabil.................

Apa lagi yang penduduk Permatang Pauh akan dapat menjelang hari mengundi?


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List