1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, August 02, 2008

Wanita Dan Tudung

Saya rasa sekali lagi isu wanita dan tudung akan menarik perhatian ramai untuk diperbahaskan. Ini berikutan kerajaan negeri Kedah akan menetapkan bahawa hanya wanita bertudung sahaja boleh menghiasi papan-papan iklan di negeri itu. Ianya dilaporkan dalam mStar.

Sepatutnya isu wanita bertudung ini di mana sahaja tidak menjadi sebarang isu kerana ia jelas satu perkara yang wajib dalam Islam. Namun apabila isu ini berbangkit maka ramai akan meluahkan rasa kurang bersetuju dengannya dengan mengatakan ianya hak peribadi. Apa yang lebih malang lagi yang tidak setuju dengan isu wanita memakai tudung ialah orang Islam sendiri yang kononnya akur dengan agamanya selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Apabila wanita disyurkan dan digalakkan untuk bertudung adakah ianya satu usaha untuk memalukan wanita atau untuk merendahkan martabat wanita? Jika ya jawapannya bererti wanita atau lelaki yang menganggap demikian terang-terang ingin engkar dengan perintah Allah.
Berdasarkan berita yang disiarkan dalam mStar itu, saya memuji tindakan yang diambil oleh celebriti Hot FM, Fara Fauzana. "Fara pun tiada masalah untuk memakai tudung. Malah, dia suka sebab katanya nampak lebih cantik apabila bertudung." - mStar. Saya bersetuju benar dengan pendapat Fara itu kerana wanita yang bertudung akan kelihatan lebih anggung dan jelita. Mungkin itu adalah keberkatan yang diberikan oleh Allah kepada pemakainya kerana akur dengan perintahNya. Sebaliknya saya kesal dengan pendapat Maya Karin yang disebut sebagai berkata begini: penyanyi, pelakon dan model jelita Maya Karin pula seakan-akan tidak bersetuju dengan peraturan yang diperkenalkan itu.

"Kerajaan Negeri Kedah yang baru sepatutnya memfokuskan isu-isu besar yang boleh memberi kesan kepada kebajikan setiap orang, not gimmicky ideas that make headlines.

"Tudung on billboards are only details. Mereka boleh fokus tentang perkara itu pada tahun depan apabila keadaan negeri itu telah berjalan lancar dan isu lain diselesaikan,"- mStar. Tidak bersetuju dengan arahan pemimpin yang ingin melaksana perintah Allah sama seperti tidak setuju dengan Allah. Maya patut mengucap jika benar-benar dia mengeluarkan kata-kata itu. Maya juga patut sedar bahawa segala yang ada pada dirinya itu seperti kecantikan dan bakat adalah anugerah Allah kepadanya dan patut bersyukur dengan pemberian itu bukannya bersifat mengkritik.

Sepatutnya orang yang beriman akan berkata begini; "Kita sendiri sudah pergi ke Kelantan dan melihat fenomena ini, jadi ia tidak mendatangkan apa-apa masalah. Malah, bukan kepada Fara sahaja, kita juga akan akur terhadap semua selebriti Hot Fm juga," beritahu Rin.

Pengerusi Majlis Perundingan Industri Hiburan Dan Kesenian Tanahair (MAHKOTA) Datuk A. Rahman Hassan menyokong tindakan kerajaan negeri tersebut.

"Saya tidak membantah peraturan tersebut kerana ia berkait dengan soal pelaksanaan hukum. Hukum ini sudah ada pada orang Islam untuk memelihara martabat wanita Islam.

"Dalam masa yang sama, saya harap pelaksanaan ini tidak menimbulkan 'double standard' kerana takut hukum itu diperkecilkan,"

Wallahu alam.

Gambar ini dipetik dari Berita Harian Online yang ada kaitan dengan posting di atas. Kan manis kelihatan wajah Fara bila bertudung.

3 comments:

Unfiltered-Madness said...

Jangan di dalam iklan ja.. kehidupan sehari pun kena pakai tudung juga...

oppsss... sori Anak Malaysia jalan2 di alam maya sesat ke sini.

Unfiltered-Madness said...

Jangan di dalam iklan ja.. kehidupan sehari pun kena pakai tudung juga...

oppsss... sori Anak Malaysia jalan2 di alam maya sesat ke sini.

Anonymous said...

pakai tudung tu wajib... bila pakai tudung lagi lawa apa...drpd dok tayang rambut rebang sana sini, straight sana sini... lemas perot... tp yg pakai tudung kena la bg contoh hat baik sama... tak gitu... la ni bab tudung ni... pakat tau dh... cuma nk atau tak nak ja...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List