1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, September 15, 2008

Petang Menjelang Hari Malaysia Pt 2

Hari ini satu kejutan telah berlaku. Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan akan dijadikan Menteri penuh setelah dilantik sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menghantar surat meletakkan jawatan. Keputusan beliau ialah kerana tidak setuju dengan pihak kerajaan BN menggunakan ISA untuk menangkap orang awam, walhal ISA diujudkan oleh pihak British dahulu untuk membendung gerakan komunis yang mengancam mereka. Jadi sekarang kita sudah tidak ada lagi komunis. Oleh itu ISA telah disalahgunakan untuk kepentingan kerajaan BN pula.

Sebelum ini tidak ada seispa yang berani bersuara apabila kerajaan BN menggunakan ISA untuk menangkap musuh-musuhnya tetapi nampaknya sekarang orang BN baru ada telur untuk dapat membezakan antara yang bathil dan yang hak. Baru berani nak bersuara tentang kezaliman yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka sendiri. Tahniah dan syabas Datuk Zaid kerana berani berkata benar. Begitu juga dengan itu Samy dan MCA,dah berani menentang kesalahan yang dibuat oleh komponen BN sendiri.

Malangnya berita terakhir mengatakan Pak Lah tidak menerima perletakan jawatan itu sebaliknya menyuruh pula Datuk Zaid pergi bercuti selama dua minggu. Wah, dapatlah Datuk Zaid cuti raya lebih lama kali ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List