1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, September 15, 2008

Petang Menjelang Hari Malaysia

Esok 16hb September 2008 adalah merupakan Hari Malaysia. Hari di mana lahirnya negara baru yang bernama Malaysia. Kelahiran ini hasil daripada kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun demikian Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian dan menjadi republik tersendiri. 

16 September sebenarnya hari yang di nanti-nantikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang sudah naik muak dengan tindak tanduk kerajaan yang sudah 51 tahun memerintah. Bagi ramai, sudah sampai masanya kerajaan itu ditukar kerana amalan-amalan rasuah, kroni, dan perbelanjaan tidak berhemah antara yang menjadikan rakyat semakin meluat. Kebangkitan semangat Malaysia Baru setelah muncul kembali Datuk Seri anwar Ibrahim di lihat sebagai memberikan satu nafas baru kepada rakyat yang sudah naik muak itu. 

Sewaktu melawat laman Malaysiakita, aku mendapat tahu bahawa perhimpunan menyambut Hari Malaysia di Stadium MPPJ, Kelan Jaya itu disiarkan secara live di Justin TV. Tetapi malangnya aku hanya dapat tengok gambarnya sahaja tetapi tidak suara. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List