1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, October 02, 2008

1 Syawal 1429

Kelmarin hari terakhir Ramadhan, hujan turun dengan lebatnya. Beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Yan, Kedah mengalami banjir. Pastinya ia menjadi Aidil Fitri yang bukan lagi lembab tetapi basah. Itu sebenarnya satu ujian dari Allah kepada hambanya. 
Hari ini nampaknya cuaca menyebelahi umat Islam yang menyambut aidil fitri. Hujan tidak turun dan dapatlah ramai-ramai pergi ke mesjid untuk bersembahyang sunat Aidil Fitri. Jika tidak tentu mesjid dan surau tidak penuh. Apa lagi jika mesjid yang selalunya lebih penuh dari biasa ada yang kena sembahyang di luar mesjid, tentu tidak dapat bersembahyang kerana hujan dan tanah basah.

Malam tadi aku tidak begitu sihat. Tekak aku rasa sakit dan perit. Aku pun tidak tahu mengapa dengan tiba-tiba sahaja terasa sakit apabila menelan air liur.  Mungkin itu tandanya aku akan demam. Biasanya jika aku rasa hidung tersumbat dan sakit tekak ia akan berlanjutan sehingga batuk dan demam. Sebenarnya sebelum itu aku kena hujan sewaktu pergi ke pasar Ramadhan untuk membeli kuih berbuka pada hari terakhir (Gambar bawah). 


Sudah menjadi rutin, selepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan menziarah perkuburan. Kali ini terpaksa pergi ke dua tempat berasaingan. Di tanah perkuburan Mesjid Derga, disemadikan datuk dan nenek ku. Sementara satu lagi tanah perkuburan di Lubok air, Air Hitam pula tanah perkuburan adik aku yang meninggal pada November tahun 2007.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List