1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, October 02, 2008

Hari Raya Kedua

Harinie ada perjumpaan keluarga di SMK Mergong. Sambil menunggu semua bersiap, aku melayari internet dan terjumpa satu site Top 100 Malaysian Blog site. Aku tak kisah untuk mendaftar blog aku dalam mana-mana site atau direktori keraa ia satu cara untuk menarik pembaca yang lebih ramai ke blog. Apabila ramai pengunjung ke blog, maka lebih senang untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan melalui online advertisement. Aku ada nuffnang dan advertlets. Setakat ini aku baru dapat claim lebih seratus sahaja. Memang lambat sikitla. Maklumlah pelawat tidak ramai. 

Seperti yang aku katakan tadi bahawa pagi ini ada perjumpaan keluarga. Ia merupakan majlis tahunan setiap hari raya kedua yang diadakan secara bergilir-gilir antara sanak saudara. Tetapi giliran ini bukanlah satu kewajipan. Sesiapa yang ingin menjadi tuan rumah untuk tahun berikutnya bolehlah membuat tawaran. Aku dan keluarga aku boleh dikatakan tidak pernah miss menghadiri majlis seumpama. Mencari saudara mara dan menghubungkan tali silatulrahim adalah sunnah. Aku telah ujudkan blog kahs untuk tujuan ini. Anda boleh baca di sini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List