1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, October 30, 2008

Hujung Minggu di Bukit Bintang

Hujung Minggu lepas aku keluar ke Bukit Bintang dengan keluarga. Isteri dan anak bongsu. Sememangnya aku tidak ada apa-apa rancangan tertentu sewaktu ke BB itu tetapi hanya untuk menghabiskan hujung minggu dan rasa boring di rumah.

Macam biasa keluar dengan menaiki LRT. Lebih senang dan cepat berbanding memandu ke pusat bandaraya itu. Dari stesen Bukit Jalil ke Hang Tuah dan kemudian tukar pula ke monorel untuk ke Bukit Bintang. Dah lama aku tak masuk Lot 10. Bangunan yang agak unik kerana warna hijaunya. Hijau? Beberapa tahun lalu hijau ni cukup sensitif. Ramai ahli politik rasa sakit mata bila tengok warna hijau ni. Bangunan-bangunan kerajaan yang ada warna hijau diarahkan cat semula dengan warna lain. Di Terengganu, pemimpinnya sungguh fanatik dengan warna partinya sehingga semua bangunan sekolah diarah catkan dengan ton warna biru sahaja.

Sebenarnya Lot 10 bukannya tempat shopping bagi orang-orang seperti aku yang berpendapatan rendah ni. Boleh dikatakan aku ni tak layak untuk shopping di Lot 10. Tetapi aku pergi ke sana kerana anak aku ajak nak tunjukkan kepada aku jam Ben 10. Kanak-kanak sekarang ni memang dah hero worship dengan watak-watak kartun di TV. Dulu transforner tetapi sekarang digantikan dengan Ben 10 dan Iron Man pula semakin mendapat tempat di hati kanak-kanak.

Nasib baik jam Ben 10 tidak ada. Kalau tak tentu terbang juga beberapa puluh ringgit kena beli jam itu. Aku dah tengok kat KLIA, jam itu berharga lebih RM 30.00. Mulanya cadang nak belikan untuk anak ku sewaktu balik dari Labuan. Tetapi kerana terpaksa balik menggunakan Airasia kerana terlepas flight dengan MAS, maka aku turun di LCCT.

Kemudian berjalan pula ke KL Plaza. KL Plaza ni macam dah mati. Banyak kedai dah tutup, mungkin tak dapat bersaiang dengan kompleks membeli-belah yang baru yang tumbuh macam cendawan sekitara kawasan Bukit Bintang itu. Dalam KL Plaza ada sales daripada Guardian.

Selepas itu kami terus ke Pavillion. Ni pun tempat shopping bagi golongan berada. Di Pavillion ada solo exhibition dari seorang pelukis Vietnam, Duong Ngoc Son. Pelukis ini dilahirkan pada tahun 1973 di Ha Tay dan adalah graduan lulusan Fine Art University di bandaraya Ho Chi Minh.
Pameran tersebut dikelolakan oleh Ode To Art.


Tidak lama berada di Pavillion kami terus pula ke Jalan Bukit Bintang. Buat sekian kalinya aku bawa anak untuk makan KFC. Sebenarnya sudah lama aku tidak beli KFC. Anak-anak pun aku tidak latih dan galakkan untuk makan KFC. KFC adalah lambang Amerika. Sebab itu aku tidak sokongnya. Setiap kali anak aku cadangkan makan di KFC, aku pasti akan sebut, "Tak boleh! Amerika!" Nampaknya anak aku ni faham dan ini yang aku nak tanamkan di jiwa mereka bahawa Amerika memusuhi Islam. Mereka merupakan penyokong kuat Israel yang setiap hari sedang berusaha menghancurkan bum Palestin dan umat Islam Palestin. Israel ni juga yang sudah merampas kiblat pertama Islam, Baitul Muqaddis yang membuatkan umat Islam sukar untuk menziarah salah satu ikon Islam sejak zaman para ambia lagi.

Apabila aku ajak mereka masuk KFC di Jalan Bukit Bintang itu, anak aku terus bertanya, Abah kata Amerika, tapi pasal apa kita nak makan di KFC?" Pertanyaan itu membuatkan aku rasa lega. Apa yang aku tanamkan di jiwanya nampaknya macam berkesan. Aku menjawab, sekali sekala tak apa. Nanti bila kawan-kawan tanya atau cakap pasal KFC sekurang-kurangnya dia tidaklah rasa terasing. Tetapi nak jadikan amalan makan di KFC, tidak sekali. Lagi pun KFC bukannya menyajikan makanan yang sihat dan adalah antara punca kepada peningkatan kolesterol, lemak dan mengalakkan obesiti.

Lepas tu, macam biasa, mana lagi kalau tak ke Low Yat.






No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List